si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Sunday, December 23, 2012

++happy weekend++

Bismillah.

Salam sejahtera semua,


Minggu ni happy sangat. Semalam (22/12/2012) majlis kahwin angah kat Selayang. Rasa happy sgt sebab dapat berkumpul satu family. Cuma mirah sengal tak da..hahahahaha along sampai rumah aku sabtu pepagi buta. Lebih kurang pukul 1 pagi. Syabil datang je habis rumah aku dia nak kemas. hahahaha Pastu pagi2 bangun kejut aku..argh stress!! mak teh xckop tido ok!


Pukul 11 pagi lepas sarapan nasi lemak kat rumah **nasi beli bungkus kat kedai okey, xde masa nk masak :P **, kitorg siap2 gerak nak pergi Selayang. Mak ngan abah semua dah tunggu kat sana. Tapi sebab jammed punya pasal, kitorg sampai lambat..hahahahah pdn muka kene tunggu :P


Angah sanding kat dewan. Sebelum berarak ke dewan, lepak2 dlu kat rumah pengantin lelaki. Aku makan nasi lemak dua pinggan. So mmg penuh perut aku dgn nasi lemak harini. Masa kenduri kat dewan pulak, aku duduk kat meja VIP, dapat mkn sedap OKey!! So makan lagi sepinggan sampai kenyang meletop perot kebabom!!hahahaha





Biru nye angah..


Hamek berkat kew?? :P

Masa majlis tu ada acara menepung tawar bagai, aku dgn selambe naik atas pentas pi campak2 bunga rampai kat angah n suaminye. Syabil paling banyak kali menepung tawar atas pentas tu. Teruk sgt perangai nye!! ahahaha Lepas makan2, amek2 gambar, bersembang2, kami pun terus pulang ke Shah Alam. Seraya tiba di shah alam, penuh rumah sewa aku ok! Nampak nye kalu nak beli umah sendiri kene beli umah besor!! Baru muat satu keluarga. **berangan da nak duduk rumah besar** :P

Malam tu kami siap2 semua nak pergi makan malam, lepas tu nak pi iCity. **mak teringin sangat nak pergi iCity, so bawak je la kan** Kami makan kat shid seafood padang jawa. Abah order banyak gile makanan. Tapi jgn risau, pasti licin. Dan terbukti......mmg licin.

tangan ajah yg masih belum benti makan. :P

Licin!!

Langsai!!

Mat kecoh!!


Lepas kenyang makan, kami terus bergerak ke iCity. MasyaAllah, ramai nye org. Abah xsuka pergi iCity. Emak pulak jalan sampai sakit2 kaki. Syabil je org yg paling teruja. Tercengang2 kagum dgn lampu berwarna warni. Aha..yela budak2 kompem la suka. Aku pulak macam abah, xsuka sgt. Mungkin sebab terlalu ramai org, semak dan sesak! dlm hati jerit "nak balik nak balik" konon! ahahha 

Aina.

Ateh

Ajah

Along. **syabil nyorok kat blkg along, sibuk tgk flamingo**

Dan setelah semua penat berjalan. Kami pun pulang. Tido bergolek2 kat umah. Pg tadi sarapan roti canai, mee goreng, kuehtiow goreng dgn kueh mueh. Along balik pkoi 10.30pg, time tu angah dgn suami de baru sampai rumah aku. Sempat la diorg jumpe sekejap. hehehe Mak Abah pulak balik pukul 12.30 td. Jadi semua org da balik. Rumah da sunyi semua. Aku dah sedih semula. :( **Gedik nak sedih2, padahal boleh je balik manjung tu. bukan nye jauh pun..aha**

Anyway, harini besday emak ke 50. Happy birthday Emak!! Semoga panjang umor, dan sihat selalu. Semoga berbahagia dgn abah dan ank2 sehingga ke Syurga. Doakan kebahagian kami mak. Terima kasih atas semua nya. Nak Hadiah besday? Kasih sayang dr seorang anak :P **ouch** 

Mak and angah cantik.

Ok la, kene kemas rumah sebelum Dayah balik. 

ttyl.

Sekian, Wasalam.


" Smile and let the world wonder why "


No comments: