si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Saturday, December 15, 2012

OMG..turn aku ke?

Bismillah..

Salam sejahtera semua.


Nak bagitahu satu dunia, pada 7hb december 2012 angah ku dah sah jadi bini orang. Tahniah angah!Semoga anda menjadi isteri solehah!



cantik kan?hehe

Jadi, seraya pulang ke rumah selepas majlis nikah di masjid, para tetamu dihidangkan dengan sedikit jamuan makan2 **dah macam karangan BM dah**. Usai majlis makan2, mcm biasalah agenda basuh pinggan mangkuk berlangsung dengan jayanya. Sementara itu, aku dan emak di dapur, menggoreng kacang dan ikan bilis sebab nak buat nasi lemak pagi esoknye. Sedang asyik aku menyudipkan kuali yg penuh dengan ikan bilis, tercetus la perbualan berikut...

emak: hah...ateh, angah da selamat da harini. tak payah dah mak susah2 hati siapa la laki dia.
aku: aah mak. kawen jugak angah tu..
emak: jadi.....lepas ni kamu la ye.. tahun depan ke?
aku: hah?? **tercengang dua minit**
emak: kawen la cepat, kalau boleh mak nak kamu ngan ajah kawin kat manjung. sbelum abah pindah kedah.
aku: ermm..**masih blur** along kawen 2009, angah kawen 2012. so ateh 3 tahun lagi 2015. okey?
emak: ahhhhh!! jgn nak kawen lambat2..nanti dapat anak lambat.. bukan nye muda lagi dah..bla bla bla bla bla bla..
aku: ...... **lalu meletakkn sudip di tepi kuali..kemudian jln mengundur setapak demi setapak perlahan lahan masuk ke bilik**
emak: ?? **terpinga2 sebab tau2 dia ckp sorg2 rupanya..**

sorry mak. terpaksa berlalu pergi. sebab da tak larat nak jawab bile nak kawen. nanti la ade jodoh ateh kawen. sekarang ni bagi ateh sambung belajar boleh? malas la nak pikir pasal kawen mawen skrg. almaklumla baru lepas kecewa. jadi hati nak berehat kejap. harap mak paham yep. ahahah **alasan**

ok la. da petang. nk buat kerja lain.

ttyl.
Sekian, Wasalam.



"If you carry a heavy burden in your heart, try to consult someone you can trust. It will ease your pain"

No comments: