si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Thursday, January 24, 2013

Terima Kasih Allah

Bismillah,
Salam Sejahtera semua,

Salam maulidur Rasul.

Rindu zaman sekolah dlu. Masa sambutan maulidur rasul.  Bawa sepanduk yg buat sendiri. Berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.. kenangan terindah.
Pagi tadi ada perarakan juga di apartment seri kayan ni. Sambil berselawat. Ramai juga join. Nampak budak2 kecil pegang kertas ada bacaan selawat. Lepas tu berkumpul di surau dan ada sedikit ceramah. Memang betul3 buat aku rindu zaman sekolah dlu.

Sejak kebelakangan ni salu rasa rindu pada kawan2. Selalu rasa sunyi. Selalu rasa sedih. Aku bukan nak menjauh. Cuma sekadar nak ubat rasa sakit di hati. Memang bukan semua kenangan itu pahit. Memang banyak yg manis berbanding yg pahit. Kawan2 masa kat university mmg sempoi. Mmg best. Cuma mungkin aku akan salu trkenang n terigt zaman university dlu. Kadang2 rasa kecewa sgt. Mungkin diorg xphm. Sebab diorg xrasa. Kadang2 mungkin diorg xperasan diorg xsengaja tersebut. Mmg nampak aku mcm okey. Tapi dlm hati ini xsiapa boleh nampak. Cuma tuhan saja yg tahu. Aku bukan sedih sebab masih syg. Aku sedih sebab sakit hati. Ini balasan yg aku dpt? Aku xsalahkan takdir. Mmg aku yakin. Tuhan pertemukan kita dengan org yg salah sebelum kita dipertemukan dgn org yg betul.

Perempuan yg baik hanya layak untuk lelaki yg baik.
Bukan aku ckp. Tapi aku salu dgr org2 yg baik dan alim ckp macam tu.

Mungkin salah tu dtg dari diri aku sendiri. Jadi aku perlu berubah. Kadang2 kita xsedar pun kita buat kesalahan.

Sekarang aku mmg perlukan kawan untuk berkongsi sedih dan gembira. Kawan2 semua jauh. Kawan2 masing2 ada life sendiri. Semua ada masalah sendiri.  Bukan aku sorg je ada masalah.
Tapi aku xpernah anggap ini masalah. Ini adalah ujian. Ujian utk buat aku jadi lebih kuat dan tabah. Positif x? Hehehe

Aku hampir dapat apa yg aku nak. Cuma berusaha lagi utk betul2 jadikan nya kenyataan. Terima kasih ya Allah. Engkau Maha Mendengar, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Menangis gembira walau dalam kesedihan.

Sekian, wasalam.

"Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya"

No comments: