si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Wednesday, July 31, 2013

Doktor cantik.

Salam sejahtera semua.

Harini pergi cabut gigi bongsu yang xbape nak bongsu sgt. Ape ntah ngade2 gigi bongsu ni nk tumbuh namun serong ke tepi. Nak nganga mulut pun rahang sakit bgesel ngan gigi.. bhgian dalam pipi tu ape tah lagi sakit xboleh blah bgesel dgn gigi bongsu yg xrata langsung tu.

Akibat tidak tahan sakit.. dgn selambe nye di bulan ramadhan ini den buat kputusan nak pi cabut gigi. Takpe pempuan kan.. ABC. Ade kelonggaran. Jadi smntara abc ni baik pi cabut gigi. Pi klinik pergigian alya seksyen 24 shah alom. Xde la jauh mane dari umah. Tapi sbb kebanyakn klinik gigi bukak pkoi10..pagi2 msg bos bgtau: "morning boss, I sakit gigi, nak jumpe dentist. Sorry xdtg kije harini"..bos jawab "ok.noted" ringkas dan padat.

Tepat jam9.15 pagi.. gerak pergi seksyen18. Pi cimb cash kan cheque. Claim medical checkup haritu. Lepas tu pi klinik gigi kat kawasan tu. Tnye punye tanye punye tanye..nurse tu xnk cabut gigi I. Sedih! Terus blah pi seksyen 24.

Sampai klinik alya dlm pkoi9.50..doktor blom dtg..sembang dgn nurse tu pasal keadaan gigi ini..nurse kata ok boleh jumpe doktor, isi borang ni. Doktor smpai pkoi10.05..5minit lepas tu doktor panggil masuk bilik. Sembang2 pasal gigi lagi skali..doktor check semua gigi..pastu ckp "ok, kita cabut. Maybe susah sikit..sebab hujung dan senget..tapi tahan skit eh.." cucuk ubat bius. Tunggu 3 minit..kebas satu mulut. Doktor ckp "ok, kita cabut skrg..kalu sakit bgtau." Doktor korek2 dan tarik. Xsmpai 2 minit. Doktor tunjuk gigi. Wah! Xsakit langsung!

Doktor ckp nnti dtg la lagi..kita cuci gigi scaling gigi. Heeeee baiklah!

Hurm..kenapa doktor gigi sume cantik2? Semua student gigi kat um dlu pun cantik2..kenapa diorg cantik..lemah lembut plak tu..baik..naseb den xjadi doktor gigi. Kalu tak..mmg kompem la den ni cantik...**muntah** Harga cabut gigi td rm80. Doktor bagi ubat tahan sakit dgn kapas. Dgn sampul raya..heheehhe mekaseh doktor cantik..nnti sy dtg lagi..

Dan selepas 3jam..ubat bius tidak bkesan lagi..dan ape lagi..mengelupur kesakitan..hahahaha td blagak xsakit langsung..amek kau!!!!!

Sekian, wasalam.

Monday, July 22, 2013

Stalker.

Salam sejahtera semua,

Susah betul kalu jadi org cantek, ke cun ke hot ke, or whatever~. Ramai peminat. Ramai jugak stalker. **perasan la kau!!**

Just nk bgtau. Kepada sesiapa yg berkenaan. Segala ape perasaan di dlm blog ini samada sedih, gembira, marah, benci, dan sebagainye adalah langsung tiada kene mngene dgn anda. So xpyh la nk comment ke anta msg karangan panjang ke. Ramadhan thn ni ke thn lepas ke itu kisah sy bersama dgn org lain. Bukan anda. Di ulang bukan anda. Sorry la saya mmg da xtau dan xnk tau pasal anda. Sorry la sy ni bukan pempuan yg suka dendam2 kesumat. Cuma sy xsuka la org yg xtau ape hujung pangkal pkai serbu je tembok. Org ckp lain dia tafsir lain. Dan sy xsuka org yg da sakitkan hati sy pastu nak baik2 semula mcm sakit hati tu mcm petik jari je skelip mata buleh hilang. Sy da maafkan anda dn sy minta anda jgn ganggu sy. Please respect my decision.

Saya nk pi UK ke, US ke, Jordan ke Germany ke suka hati saya la. Jgn sibuk2.

Lastly..jgn msg, jgn email dan jgn call. Sila faham bahasa melayu!!!

Sekian, wasalam.

P/s: ni entry paling ntah hape2..xpatut wujud pun entry ni. Marah sgt!

Friday, July 19, 2013

Shoulder to cry on

Salam sejahtera semua,

Bila ada masalah pada siapa kita mengadu?
Bila sedih pada siapa kita mengadu?

Ya betul. Kita akan mengadu pada Allah s.w.t..

Namun...

Kita juga perlukan seseorang untuk dengar kita membebel.

Seseorang yang boleh bagi nasihat.

Seseorang yang boleh tenangkan kita.

Seseorang yang boleh teman kan kita.

Tengok kita menangis.

Sambil pegang bahu kita dan ckp:

"Menangis la puas2..bagi rasa ringan sikit masalah tu. Cakap la ape nak cakap. Aku dengar ni."

Uish...bergenang air mata...

Kawan..tlg la ada disisi saya skrg!!

Sekian, wasalam.

Wednesday, July 17, 2013

Air mata Ramadhan.

Salam sejahtera semua,

Tajok bukan main meletop kebabom! Aha tapi ini tajuk sebenar. Tajuk ini mmg wujud. Skrg. Kenapa air mata? Kenapa?

Tak perlu la untuk cerita kan kenapa. Nanti org meluat dengar. Lebih3 lagi kalau melibatkan kisah cinta dongeng uda dan dara. Ecewah. Yela, nak cerita pasal cinta buat ape. Boifren pun tarak. Aiseh. Belom ketemu jodoh kata org. Hehe

Tapi kenapa air mata? Ramadhan tahun lepas juga byk air mata. Byk suka duka. Byk rentetan peristiwa. Setiap org mengimpikan ramadhan berikutnya adalah lebih baik dr yg sebelum2nye. Namum, itu semua takdir Allah. Dia telah aturkan segalanya untuk kita hambaNya ini. Jika ramadhan kali ini juga berair mata, Terima dengan hati terbuka, redha. Kerana Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga segala apa yg baik dilakukan di bulan Ramadhan ini di terima Allah. Semoga segala yg buruk di ampunkan oleh Allah.

Jgn rasa sedih atau rasa sunyi bila bersendirian..Ingat dan yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

Sesungguhnya hati ini milik Allah s.w.t.

Sekian, wasalam.

P/s: mara ayuh segera bagi uwang. Visanya belom di buat. Sy mahu tinggalkn mlaysia dgn segera. Bawak hati duka lara. Konon! 

Monday, July 15, 2013

Murtabak oh murtabak!

Salam sejahtera semua,

Harini demam, sakit tekak, batuk dan selsema. Okeh nanges 3minit bile teringat tgh demam. Hhaahha

So balik kerja awal. Sebenarnye lari dari pekerjaan. Konon balik nk singgah clinic tp hampeh. Di sbbkan xlarat sgt, mata pinar2, kpala penin2 terus tekan minyak kete laju2 balik umah.

Sampai umah, masuk bilik nampak katil terus pengsan. Tp sblum tido da terfikir nak berbuka makan murtabak nnti. Smpai kan murtabak masuk ke dlm mimpi. Ini kronik!!! Bgn nnti wajib beli.

Terjaga pkoi6.30..mcm biasa homesick sket2..msg amy ckp nak hasben. Pastu dia gelakkn. Gile. Org serius de gelak. Haha tp bodoh gak permintaan tu sbnrnye. ade ke mintak hasben kat amy. Buang tebiat? Siap2 solat asar. Pi bazar. Motip kita carik murtabak.

Park kereta tepi bazar pinggiran usj yg xseberapa tu. Bukak je pintu kereta...Bau murtabak...mak aih!! Menusuk kalbu siot..rasa mcm "inilah mutabak terbaik abad ini"..laju2 jalan pi kat kdai adik jual murtabak..tgk ade lagi 2 ketul murtabak dah siap masak..ada 3 ketul atas kuali leper tu dia tgh tbalik2 kan..

Baru nak buka mulut nak ckp "murtabak ayam satu dik!" Adik tu dengan selambe jawab dlu tanpa segan silu "murtabak abeh la kak. Cuba lagi esok!" Tergamam 2minit..sambil pndang murtabak yg ade kat situ. Adik smbung "owh..ni da ade org booking. Akak lambat sikit je..sikit je..hehe".. sikit waklu!!!

Dgn hati yg punah ranap..masuk dlm kete..start enjin..balik..nangis sepanjang jln sbb xdpt murtabak...

Murtabak oh murtabak. Mmg bukan rezeki aku harini.

Esok cuba lagi!

Demam xkebah sbb xdpt murtabak.

Sekian, wasalam.

Wednesday, July 10, 2013

Alhamdulillah.

Salam sejahtera semua,

Alhamdulillah...semoga puasa harini diterima Allah s.w.t. Ni tahun ke2 puasa bersama kawan2 preescale.hahhaha kata kak nana tahun ni wajib jugak berbuka kat seoul garden plaza pantai mcm thn lepas..xserik la tu mkn knyg smpai nak mletup perot..hahah paling xboleh lupa semua tu..kenangan sgt! Tahun ni xdpt beraya dgn kak nana. Last day kak nana 7hb august kot..ala...kak nana tunggu ah kitorg..kite farewell same2..plish!!

Okeh. Jom siap2 pi tarawikh!!

Sekian, wasalam.

Tuesday, July 9, 2013

Ramadhan.

Salam sejahtera semua,

Selamat dtg Ramadhan. :)
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum2 nya.
Kepada semua, sy mohon maaf atas segala salah dan silap. Semoga kita semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah s.w.t..

Alhamdulillah,  dpt smyg berjemaah isya dn tarawikh td. Semoga malam2 berikutnya pun dpt pluang. InsyaAllah. ..

Sekian, wasalam.