si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Wednesday, July 17, 2013

Air mata Ramadhan.

Salam sejahtera semua,

Tajok bukan main meletop kebabom! Aha tapi ini tajuk sebenar. Tajuk ini mmg wujud. Skrg. Kenapa air mata? Kenapa?

Tak perlu la untuk cerita kan kenapa. Nanti org meluat dengar. Lebih3 lagi kalau melibatkan kisah cinta dongeng uda dan dara. Ecewah. Yela, nak cerita pasal cinta buat ape. Boifren pun tarak. Aiseh. Belom ketemu jodoh kata org. Hehe

Tapi kenapa air mata? Ramadhan tahun lepas juga byk air mata. Byk suka duka. Byk rentetan peristiwa. Setiap org mengimpikan ramadhan berikutnya adalah lebih baik dr yg sebelum2nye. Namum, itu semua takdir Allah. Dia telah aturkan segalanya untuk kita hambaNya ini. Jika ramadhan kali ini juga berair mata, Terima dengan hati terbuka, redha. Kerana Allah tak kan menguji hambaNya di luar kemampuan hambaNya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga segala apa yg baik dilakukan di bulan Ramadhan ini di terima Allah. Semoga segala yg buruk di ampunkan oleh Allah.

Jgn rasa sedih atau rasa sunyi bila bersendirian..Ingat dan yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersama kita.

Sesungguhnya hati ini milik Allah s.w.t.

Sekian, wasalam.

P/s: mara ayuh segera bagi uwang. Visanya belom di buat. Sy mahu tinggalkn mlaysia dgn segera. Bawak hati duka lara. Konon! 

1 comment:

Anonymous said...

Be strongggggggggggg!!!!..Allah always there....:-(