si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Wednesday, November 27, 2013

Lowry Outlet - pusat perabih duet

Salam Sejahtera semua,

Akak sedar akak ni seorg shopaholic. Perkara paling utama bila sampai Manchester adelah carik shopping mall yg paling hampir dengan akak. Senang nak shopping khen.. Perabih duet tu mmg nombor satu dalam dunia. Tapi sebenarnye, boros itu sangat di larang dalam Islam.. akak x boros, akak beli barang keperluan, bukan kehendak.. **sedapkan hati sendirik** haha

So, Kat Manchester ni outlet paling dekat adelah Lowry Outlet kat Salford Quays. Dari Bus stop dekat dgn Cambridge Hall MMU naik bas nombor 50 okay. Perjalanan dalam tmabah tolak 45minit je, tapi kalu bas banyak benti2 org naik turun, lama skit la kot. mungkin sejam.

Teringat masa 1st time pergi Salford Quays, akak sesat okeh. teruk sgt.. Mula2 pusing2 kat Salford Shopping Center. Tgk macam pelik je..xmacam outlet pun.. rupa2 nye mmg salah pun.. ahahaha naik bas balik, sampai last stop dekat BBC station tu... Memang kat last stop tu sebenarnye Lowry Outlet... tapi akak tak perasan mula2, dalam hati susah hati kemain sebab rase sesat, da pukul5 ptg bas pulak xbanyak..mmg nak nanges da ngan kak nah time tu..tapi gagahkan jugak diri balik naik tram.. Teruk akak ni!!!


1st time datang, akak sesat kat Salford. Abaikan diri akak yg gemokmokmok tu.. =P




Balik naik tram. 

Kali kedua pergi dengan kak Nah n Miza. Kali ni smpai betul kat Salford Quays tu, nasib baik ada miza. kalu tak..sesat lagi la akak n kak nah. Haha Akak beli sweater dekat Marks&Spencer, Kak Nah pulak beli kuali mahal tu ape namenye akak lupa..ermm hah, Tefal!!! Blaja masak katenye..khennn hahaha

Kali ke tiga pergi Salford dengan housemate semua. Seronok!!! Shopping sakan semua..akak beli jacket dekat Marks&Spencer pastu beli baju dekat GAP. Takde la mahal sangat sebab outlet salunye barang2 murah. Jualan penghabisan stock katenye. 


Tunggu bas!





Bergumbira dalam bas no.50.


 
Tasik ke ape ntah kat Salford Quays.

Atirah.

Lepas penat shopping..kami pun pulang dengan perasaan gumbira nye!! Hahahaha

Sekian, Wassalam.

-SS-







Saturday, November 23, 2013

Hidung berdarah, penangan Ali kacak.

Salam sejahtera semua.
Harini pergi program Ini Sejarah Kita. Dekat Salford. Dapat jumpe Ali yg sgt comey. Haritu da pnah jumpe sekali masa usrah kat rumah Sakeena. Harini dapat jumpa Ali lagi.
Suhu harini agak melampau. -4°C masa kluar rumah pagi tu. Tunggu bas n teksi lama sgt. Sampai kat Salford, rumput2 kat sana sume da puteh2 sbb air embun beku. Mmg sejuk tahap kaw2. Dah la selsema akak tak kebah lagi.
Program ni seronok. Dapat belajar pasal sejarah islam. Jatuh bangun islam dr zaman dahulu smpai sekarang. Dapat bkenalan dgn kwn2 dr Sheffield, Leeds, Cardiff dn lain2 tempat. Makanan pun sedap. Pasal ada smbal belacan..hehhehee
Program habis dlm pkoi6 lebih kurang. Sampai Piccadilly Garden lebih kurang pkoi7. Sejuk amat jugak la kan..satu harini mmg kesejukan.
Sampai rumah je terus mandi2 bersihkan diri. Lepas habis je solat isya, xtau la sebab ape, mleleh2 darah keluar dari hidung. Habis telekung. sebab sejuk sgt ke? Atau sbb panas dlm badan?. Atau sebab selsema luka hidung? Habis tisu sekotak.
Pertama kali dlm hidup hidung berdarah.
Ke sebab Ali hensem sangat sampai hidung cik shau bdarah? Haha
Sekian, Wassalam.
-ss-


Thursday, November 21, 2013

Marka cek org Old Trafford


Salam Sejahtera semua,

Pa habaq semua. La ni sibuk dok prektis cakap kedah. Hampa suma nak tau pasai pa? pasai abah habaq kat cek, masa cek tlepon dia minggu lepaih, dia nk pindah gheja kat sungai petani. **hancur loghat org kedah dek penangan minah nomad ni..haha**

Dah tu mak cek pulak pi sembang pasai menantu org kedah. Lagi la cek dok melayan dia. Cek pi habaq cek da ada calon menantu utk dia. Cek pi tipu ckp ada marka org kedah. Itu la pi menipu mak sendiri. Last2 bukan stakat marka, bayang marka pun tarak! hahahaha

Sudah la merapu itu. Mari kita focus kepada tujuan sebenar coretan kali ini..**kemain bahasa**

Nak bgtau kat semua peminat ManU yg bahawasanya..akak da pergi satadiummmm dekat old trafford nun. ko hado??
hahahah jgn nak belagok sgt la kak.. pergi satadium je pun. khen.


sir alex ferguson stand

Time akak pergi tu ade lawan rugby ke ape ke ntah. Akak xberminat sgt pun nak tau. Akak cuma ikut kawan2 je. Jalan2 sekitar satadium..xdapat masok sebab akak xbeli ticket..haha lagipun kalu ade match, satadium tour xde. So akak cume amek gambor luar satadium saje..padang ijau xdapat nak tunjuk la diknon. .

dari depan.


dari tepi.


kak nah n akak.


akak lagi.


lagi2 akak. haha



Tapi bile masok dalam megastore dia tu, akak la yg paling rambang mata sekali tgk jersey, jumper, sweater, bag, keychain, bla bla bla bla..sume menda akak rasa nak beli.. konon mcm org kaya dtg UK bawak duet juta2.. hahahaha

megastore dia yg mmg mega sgt!

sweater budak2 yg mahal oi..


ini akak tenung 18kali sbb cantik sgt.


away.


tak ke rambang mata diknon oi!!


nak jadi member? kim salam! haha


 Tapi apa kan daya, akak x mampu nak lawan nafsu shopping tu.. jadi akak pun terbeli la yg akak tenung 18kali td tu..kata org kalu hati da bkenan, rembat aje la kan.... haha tapi lepas beli, bguling sedih tgk duet akak susut..hahahahahah nasib la, sape suruh belik. khen!


ntah kat mlaysia nnti pakai ke tidak. khen!

dah la tu kak. upload gambo sikit2 sudey. Nanti akak igt nak pergi lagi. nak amek gambo padang ijau. xpun posing sebelah alex ferguson ke. khen.. nanti kalu akak pergi lagi, ade yg nak kirim? kalu ade, halo2 la eh..hhahaha **bajet ade org baca blog akak kan?? ade akak kesah??** hahahahahha

ok. cek penat da. macam lapaq ayaq pun ada. cek nak pi minum kat dapoq sat. pehtu cek nak tidoq. besok pagi cek nak bangun awai pasai nak study. konon. 

sekian, wassalam.

-SS-




Sorry naik Lorry!

Salam Sejahtera semua.

Dah lama sgt rupenye saya tak tulis blog. Bukan sebab saya busy. Tapi sebab saya tgh happy sangat2 kot. Dah sampai Manchester terus lupa nak membebel dalam blog. Terus lupe tempat saya suka merepek2 masa tengah sedih sorang2 kat shah alam dlu. Dan lagi satu mungkin sebab da ade pengganti untuk dengar bebelan saya secara live. Maafkan saya blog. Saya mudah lupa! 


"Sorry naik Lorry la" blog jawab. 

"Huh?" keluh ku.
"Ooooo..bila sedih, sunyik, gusar, kemain update kat aku hari2." tambah blog lagi.
"Huh?" keluh ku lagi.
"Ni apsal dtg balik? sedih balik la tu. Predictable btoi minah ni!" blog mula bebel2.
"Mungkin....."jawab ku dgn perlahan..Tak nak bagi blog dgr.
"Padan Muka!" balas blog.

hahahahaha bengong kan? boleh buat dialog dgn blog. Ini namenye takda kerja. Nak bermonolog dalaman kata org. Nak buat ayat sastera, mmg saya failed. Maklumlah "budak engine" org kata. Hak tuih!


Okay, ini just intro je kot. nak warming up kata org. membebel kembali.

Banyak menda nak update. Yela kan merantau jauh, banyak la tempat yg da pergi. banyak gambar da amek. kat mana lagi nak letak kalu bukan kat blog sendiri. xkan nak letak kat blog org lain. hahahaha

"Eh..eh..eh.. ingat ko datang Manchester tu makan angin ke Shau oi??" tiba2 blog tegur.

"Erk.....dtg tuntut ilmu sambil makan angin." balas ku selambe.
"Jgn nak syiok sgt sampai lupa diri. Kerja sekolah tu bsepah. Bila nak buat?" blog start balik membebel.
"Yela2..japgi buat la..kite nak membebel kat dia. dia plak yg bebel kat kite. tak sporting langsung" aku sound blog.
"Sporting waklu!" ringkas blog balas, tapi mcm ade penampor singgah pipi. 

hahahahahahahah sekali lagi bengong sbb berdialog dgn blog. 


ok la. banyak kerja. 


nanti bebel lagi. 


selamat kembali ke dunia blog-memblog.


sekian, wassalam.