si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Monday, December 9, 2013

Blackpool Pleasure Beach - tercabut jantung oii!

Salam Sejahtera semua.

Harini akak nak gebang pasai akak pi Pleasure Beach dekat Blackpool on 27 October 2013 yg dah berkurun yg lalu. Ni 1st trip akak dengan course-mate (miza n khairi). Seronok baq hang sebab rasa muda remaja pi amusement park main roller coaster !! Kalau nak tau, Blackpool ni one of the top 20 most visited amusement parks in the world tau. Masa akak pergi tu mmg ramai sgt org, tak kira kecik besar tua atau muda **yg muda tu akak la tu..haha**

Tapi sebelum pergi melencong menjelajah UK, kene buat railcard dulu. Murah sikit nak beli tiket train dalam UK ni. Tapi railcard ni valid untuk budak2 muda umor 16-25yo je. Di sebabkan akak da terlajak setahun dr umor 25, terpaksa la kerja lebih sikit naik turun pejabat kat Sackville Street Building tu isi borang mintak sign bagai utk jadi bukti akak ni student. muda lagi gituh. haha



Tada...Railcard akak. Muda kan muka. kan? kan? haha perasan!

Kitorg pergi Blackpool satu hari je. Beli open return train ticket. Harga train ticket utk student dlm GBP10.50 seorg. Kitorg naik train pkoi 9.15 dekat Piccadilly Station, dalam sejam kot sampai Blackpool North station. Time tu angin kuat gila. Nak nak pulak kitorg jalan lawan arah angin, mmg rase xbergerak langsung. Penat bawak badan lawan angin tu Tuhan saja yang tahu. Sampai la rasa xlarat sgt nak berjalan, naik trem je sng. haha  

Masuk Pleasure Beach ni bayaran dia GBP12.50 kot untuk student. Akak tak ingat sangat la..sbb yg belikan ticket ni Miza. Masuk2 je Pleasure Beach ni, rase terkamjat sgt sebab besaq gile kawasan dia. Bila tgk map rase macam nak naik semua benda. Jiwa remaja dalam diri semakin menebal. 


Pleasure Beach Map

Di sebabkan banyak sangat menda nak naik, kitorg decided to try all the top 10 'thrill' rides. Yang biasa2 tu mcm pandang sebelah mata je la **blagak tak org tua ni?**hahahahaha

So, 1st skali kitorg naik Infusion sbb nampak yg tu macam xramai org. Sumpah thrill dik non oiii, akak mengucap panjang sepajang perjalanan ini...zaiton sameon disitu! Bayangkan perasaan akak time tu. Duduk dlm Infusion tu, sambil kaki tergantung dgn ketinggian lebih kurang 33 meter, terjuntai ke bawah, kat bawah tu air. Pastu menatang tu berpusing2 dengan kelajuan 50mph. Walopon cuma 1minit 30 saat dah cukup buat jantung akak tercabut tau. Haaaa, itu la belagak sgt nak naik yg thrill. hamek kau!



akak n miza di bawah Infusion. xnampak muka pucat tu? haha


Lepas naik Infusion kitorg pi beranikan diri naik Big Dipper. Kalau tak silap akak la. haha maklumlah dah lame pergi baru skrg terhegeh2 nak cerita. Big dipper ni sejenis classic wooden roller coaster. Kelajuan lebih kurang 40mph, dalam masa lebih kurang 2 minit lebih la jugak jantung dupdapdupdap atas tu. Paling tinggi 20meter, pastu dia jatuhkan hang ke ketinggian 15meter. Memang tercabut anak tekak menjerit woiii.. Maaf la akak xde gambo big dipper. 

Lepas naik big dipper, kawan2 akak ni ajak naik BIG ONE! Hoi, itu yang paling akak nak avoid skali. Siang malam pagi petang akak doa supaya big one tu tak beroperasi pada hari kejadian. Nak dijadikan cerita, Allah makbulkan doa akak. Big One CLOSED! sbb angin kuat sangat dekat Blackpool tu. Bersyukur panjang tau masa tu. Rasa lega sangat2, tapi nampak la muka kawan2 akak kecewa. Hahahah 


Big One - closed! Sbb angin kuat sgt! Rugik xpat naik!! **padahal mmg xnk naik pun**

Dengan rasa hampa dan kecewa sbb big one closed, kitorg pi mgubat hati duka lara dgn naik Revolution. Ini mmg terbaik dari ladang. Track dia paling pendek. Tapi dia fully looping roller coaster. 2kali pusing, 360  forward ride and once 360 backward ride. Memang tahap nak terkencing masa backward ride tu sebab tiba2 je macam rasa diri tertarik kebelakang. haha Akak rasa akak paling suka yg ni. sebab lain dari yg lain. sepuluh markah akak bagi untuk Revolution! =P






Revolution. 360 kedepan. 360 undur ke blkg. Tak ke menangis ko dok dlm tu!

Avalanche tak kurang hebatnye. Nampak macam xtakut. Tapi masa naik tu, tahap menjerit kaw2 hilang suara. Avalanche ni satu2nye bobsled coaster kat UK. Dia punye track tu bukan main over twisting2 turning2, tahap nak muntah okeh. Mane tak nye, mula2 normal track sampai la atas puncak tu, dia lepaskan korang gune track luar biase yg macam gelongsor pusing2 tu je. akak xnampk rail track langsung okay. Dalam hati mmg mengucap aje la, mintak dijauhkan dari terbabas keluar gelongsor.  Ala sorry, xde jugak gambo Avalanche. 

Lepas dah naik 4 menda yg thrill ni, perut menjadi lapar. Jadi singgah di kedai makan fish n chip mahal gile bebeng.. GBP6.50 kalu tak silap akak la. Disebabkan lapo, makan aje sampai kenyang. Tak habis, bungkus masuk dlm bag. haha



Akak makan dgn kusyuk. Seblah tu course-mate sorg lagi, Khairi. 

Lepas makan, ape lagi sambung bersuka ria. Kawan2 ajak naik Avatar Airbender, lebih kurang macam kapal hayun2 kat genting or sunway lagoon tu.. dah la pusing2 goyang2 hayun2. Memang tak la. Xpadan perut penuh, kalau naik Avatar ni mungkin muntah belohok kat atas tu. Hahaha so akak dengan selamber nye ckp xnak naik!




Avatar - the last airbender - Kartun feveret akak.

So kitorg naik Nickelodeon Streak. Dari luar nampak macam..ala, mainan budak2.. Tapi masa naik tu, menjerit sakan jugak la selama lebih kurang seminit setengah.. tinggi hoi..boleh nmpak view Blackpool hah..Sekali lagi xda gambar..sebab roller coaster ni tersorok sikit dlm Nickelodeon Land tu. 

Lepas tu kitorg naik Ice Blast. Macam solero shot kat genting tu..cuma kat genting dia lepas kan kita dari atas ke bawah, Ice Blast ni dia campak kita dari bawah naik atas. Melantun lantun akak dalam tu hoii..menjerit2. malu dgn adik kecik hensem seblah akak time tu. Dia siap jerit "wooohhhoooooo...this is so coooollll" .. rase nak lempang muka dia time tu..hahahahah


Ice blast n flying machines.


Ape lagi akak naik eh? Dah tak ingat..owh! Naik Grand National. Yang ini boleh tahan jugak thrill dia. Nampak serius mcm xtakut langsung tapi cara dia menjunam tu perghhhh kecut perut akak... Mmg tahap nak muntah kaw2 dlm tu..Takda gambar jugak, xsempat ambik.

Lepas tu kitorg naik Ghost Train. Yg ni tak thrill sgt tapi menjerit sebab terkamjat masuk2 pintu nampak hantu..hahah teruk sgt penakutnye..lebih kurang 4 minit menjerit over kalah budak2 yg masuk dlm tu.. haha

Last skali naik wild mouse. ini naik berdua je ngan miza..sebab train dia satu2 bentuk mouse kecik2..tapi dia punye laju, melampau sgt2..da la tinggi , lpas tu selekoh dia kemain tajam gilos, menjerit2 miza dlm tu sbb duduk depan..akak duduk belakang so xnampak sgt la depan tu cerun ke curam ke selekoh ke..hahah turun2 miza ckp "jahat betul tikus ni" hahahh mmg dia betul2 takut la tu..hahahah


Wild Mouse!

yang bawah2 ni gambar yg sempat diambil di sekitar Pleasure Beach. **malas nak type da sbnrnye** teruk kan??




Impossible!


Valhalla. xmasuk sbb 'you'll completely get wet!'












Kluar dari blackpool Pleasure Beach kitorg singgah kat Blackpool Tower. Konon nak tengok pemandangan Blackpool waktu malam, tapi sebab kabus tebal and angin kuat, boleh tengok ikut tingkap je, xboleh keluar dari tower. Tapi still nampak jugak la view Blackpool waktu malam.




















Pastu sebelum balik..jalan2 ambil gambo. walopon sejuk angin laut, ku gagahkan diri ini jugak snap pic mana2 yg sempat. Kat Blackpool akak beli postcard and key chain.  








Okeh, akak dah ngantok. Nak tido dah. 
Good Morning Malaysia, Good Night Manchester!

Sekian, wasalam. 

-SS-




No comments: