si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, May 2, 2014

akak sakit hati okeh!

Salam sejahtera semua,


Adoi nye la oi incik gugel pelas oi... apa pasai la hang dok buat pasai ngan akak....

Abeh semua gambaq dalam blog akak hilang musnah lesap di telan arus permodenan hang tu gugel pelas betoi la......

Dan tak pasai2 akak kena upload balik gambo satu satu.... Lebih2 lagi gambar untuk post tutorial tudung akak tu... Abeh la dik non oi....jatuh la reputasi dan trend tudung akak...abeh la dah tak glamour la akak lepas ni... semua ni salah gugel pelas tu... nak change2 setting album bagai konon....sakit nye hati yang dah sememangnye sakit ni... aaaaaaaaarrrghhhhhhhh


Sabar kak.. sabar kak...


Kan dah berazam sempena bulan ramadhan ni nak menjadi seorang yang penyabar!!!!

Sabar je la labu...................

**nanges sambil upload balik semua gambar dlm belog yang dah bersawang2 ni.. mungkin ambil masa 3tahun nak upload balik gambo..haish**



sekian, wassalam.


-ss yg sakit hati-



Wednesday, April 16, 2014

ada orang masuk meminang =P

Salam Sejahtera semua,


tu dia hah, tajuk mesti gempak. padahal............. xde pun org masuk meminang. hahah



Dah lama rupanya akak tak hapdet (update) blog ni. Rasa dah bersawang2. nak kata busy, xde la busy pun. cuma xda mood ngat aih. Nangeh!!!

Konon nak update pasal pi turkey, tapi hampeh! sampai kesudah tak update2. sampai dah lupa kenangan terindah di turkey. hoi... tipu lupa. akak xkan lupa kot. Turkey paling oshemm di hati akak. hahahaha

kene update jugak. Insya Allah esok akak update.

Skrg ni xda ape yg menarik pun. cuma:

1. Akak lulus sem1 dekat Manchester ni. Alhamdulillah. Berkat usaha, berkat doa Mak Abah dan paling penting, semua adalah ketentuan Allah swt. Terima Kasih Allah. =)

2. Akak dah abeh pun subject utk sem2. Skrg tgh struggle nak final exam and pastu buat dissertation. haaa nangeh susah!

3. Akak cancel trip pi Europe. Cancel impian nak tgk Eifel Tower. Cancel impian nak pi Amsterdam tgk bunga. Cancel impian nak pi Praha. Tapi akak rasa akak xrugi pape. Akak belajar sesuatu.

4. Akak dah boleh moved on! **high fived dgn diri sendirik**

5. Akak nak kahwin!!! ***senyum sampai koyak pipi***

hahahahaha nanti la akak story lelebih pasal sume menda.

eh, dah lama juga akak xupdate tutorial tudung kan. ah, semua org dah ada gaya masing2 da. semua dah pndai pakai tudung style meletop kebabom. akak je yg dah tak up to date. ah, xkesah pun. janji pakai tudung molek2 okeh?

ok. itu je. nak pi sambung baca buku. exam pun dah nak menjengah. doakan akak berjaya sem2 ni. boleh balik malaysia september ni. dan boleh kawen! hahahahhaha **gedik ngat aih akak ni**


so. itu saje.


sekian, wassalam.




-ss-



Saturday, February 8, 2014

Istanbul Di mana Beto ku : Manchester-Zurich-Istanbul

Salam Sejahtera Semua,

Ini hari akak nak gebang pasal trip akak pi Turkey dengan housemate 14dec -21dec 2013 yang lalu. Trip sempena cuti sekolah. Orang bagi cuti sebab suruh study untuk final exam sem1. tapi kitorg menyalah gunakan cuti tersebut dengan pi berjimba ke Turkey. Motif utama nak cari 'Beto'.. yolah, kan lisa surihani jumpe beto masa pi istanbul. kot2 la kitorg terjumpa 'Beto' kitorg kat sana khen. teruk benor motip nye hah! =P

Kitorang gerak sabtu 14dec2013, flight SWISS, boarding pukul 18:25 waktu manchester. Ini beli tiket paling murah di abad ini. Pergi balik GBP159. Tahu tak sebab ape muroh??? sebab transit 11jam kat zurich. hambek kau!! 11jam nak buat ape ntah kat airport zurich yg ciput kecik tu. kitorg sampai airport zurich dalam pkoi10.00 mlm kot waktu zurich akak xigt sgt.. tak lama lepas tu kdai dlm tu pun dah nak tutup. tido terbongkang kroih2 je la jawabnye. hahahaha

























pagi tu flight dr zurich ke istanbul dlm pkoi9 pagi lebih kurang..kitorg sampai dekat istanbul lebih kurang pkoi1 tghari waktu istanbul.. dan disinilah bermula nye kisah pahit getir kami sebagai pelancong di turkey dimana diorg xreti ckp english, apatah lagi bhsa melayu. hahahaha 


bersambung dlm entry seterusnye.


sekian, wassalam.

-ss-




Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Salam Sejahtera semua.


Giveaway kedua untuk harini.

Akak nak join Giveaway 5K Dunia sebenar Shida.

walopon akak duduk kat manchester, tapi alamat umah akak kat malaysia juga. hahaha
**setahun je pun duduk manchester..hujung tahun ni akak jadi org malaysia semua. boleh kan join????**


**************************************************************************

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :
AHR Boutique, WA beauty E'Shoppe, Syiela d'beauty, Zinnia Z A Zinnia, Puteri Jelita Shoppe,
Annia's Health & Beauty Shoppe, Dedeqdewishes Boutique,
Nurul Yui Collection, Nini Bizshop, Reddelima.com

*****************************************************************************

semoga berjaya kepada semua peserta.

sekian, wassalam.

-ss-

Tuesday, February 4, 2014

Trafford Centre - datang bila kaya je!

Salam Sejahtera semua.

Akak kembali lagi menemui anda dengan bebelan tak henti2. Kalini akak nak story pasal shopping. ahahahaha Kalau tak silap akak, seminggu selepas pi Notts, akak pi Trafford Centre. Apa ada dekat Trafford Centre?? Trafford Centre is the largest indoor shopping centre dekat Greater Manchester ni. Kebanyakkan penshopping2 tegar adalah dr kawasan greater manchester, dari kawasan North West of England, dan dari kawasan2 sama waktu dengan nya. Besar nya Trafford Centre ni sampai lenguh kaki la jalan. Akak rasa lagi besaq dari One Utama atau Midvalley dekat Malaysia nun.

walopon cuma 2 tingkat je, tapi dia adaa lebih kurang 230 buah kedai. Macam2 kedai la ade. Semua kedai ada, sebut je la korang nak beli ape. Malas nak senaraikan kedai. boleh google kot. ahahah Kalau tak suka shopping mcm akak ni, nak mencari hiburan pun boleh. Ada legoland, ada aquaria, ada cinema, ada pusat video game, nak main tenpin bowling pun ada,, nak main laser tag pun ada. Macam2 ada. Tapi akak tak main la semua benda tu. Akak dah tua. dah malas nak aktif2 ni. nanti sakit pinggang sakit2 badan.. hahahah

akak pergi sekejap je trafford centre ni, saja nak tgk apa ada. konon2 verangan ngan kak ijie nak bli la barang kat superdry. tapi harapan la dik non oi..mahai nak mampuih. mampu tgk aje. hahah kitorg cuma mampu beli perfume dekat Victoria's Secret je, itu pun sebab tgh sale! hahahahha


naik bas no. 250 nak pergi Trafford Centre.
dalam perjalanan nampak dedaunan berguguran, dahan nak kerapuhan.



syok nye kalu boleh naik.



ada legoland tapi xmasuk. xmampu!


akak posing tepi patung seksi. jgn tatap lama2. xelok. hahaha



haaa victoria's secret. ko mampu?


Sebab dah xlarat sangat nak jalan tgk semua kedai, akak pun balik sambil menjinjit bag kertas victoria's secret dgn gahnya. tak payah nak gah sgt la kak oi, padahal sume org pun belik, sbb murooooh. Len kali nak dtg lagi, tapi kene tunggu kaya. skrg mungkin mampu window shopping je.


sekian, wassalam.

-ss-


in a relationship with dot dot dot

Salam Sejahtera Semua,

Lama dah x membebel. Harini nak membebel. Pasal ape nak membebel? Pasal suka2 nak membebel. Akak nak tulis pasal trip pergi turkey haritu. Tapi asek tak da masa. tunggu la next entry maybe. Masa banyak habis kat mana? Ntah. Memang membajir masa je akak ni. semakin hari semakin malas. akak pun xtau la kenapa teruk sangat malas nye. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


"ah, mulai esok aku berazam untuk jadi rajin" hati akak berdetik. 

"eh, kenapa esok? kenapa bukan sekarang?".

" ntah."


ala, hari2 kot pumpang pumpang ckp nak berazam jadi rajin. tapi bile cermin diri sendri, sama je akak tengok level kemalasan tu. ntah2 kalau ada alat penimbang kemalasan, mungkin semakin hari semakin bertambah berat kemalasan akak. nak kata tak ade keje sekolah. tu hah, bsepah dlm blackboard nun. tapi, xtau la apa punca kemalasan ni. dari mana terbit nye kemalasan akak ni, akak sendiri pun enggak tahu sih. 


"takpa2, sekejap je kot malas ni melanda. esok lusa mungkin rajin". 


positif kan? sangat positif khen? siapa lagi nak beri semangat kalau bukan diri sendiri. ecewah. akak nak cari kawan special utk jadi pemangkin semangat. tapi stakat ni xjumpa lagi. skrg mmg susah nak jumpa pemangkin semangat. rasanya, akak dah habis belajar nanti baru jumpa pemangkin semangat kot. hahahaha
sebut pasal pemangkin semangat ni, akak gatai tangan pi update status fb dari 'single' to 'in a relationship'. lepas tu kemain banyak soalan tuju2 rindu orang bagi kat akak. siape lah agaknye orang yg dah main curik2 hati akak tu kan? dah 2 tahun kan single mingle tarak boifren... tup2 tukar status...hah ape lagi, kemain semua org nak korek rahsia. hahaha lawak betul. akak sebenarnye ada sebab nak update status tu. bukan nye sebab dah ade org mengisi hati akak. cuma akak rasa perlu ubah. buat masa sekarang memang belum berminat nak cari bf lagi. so, akak xnak org tunggu akak. org mengharap kat akak. dan akak pun xnak buat org mengharap. akak mintak maaf byk2 lah kat siapa2 yg berkenaan. maaf jugak sebab kadang2 xreply msg. susah la nak percaya org. org yg kita kenal pun kadang2 susah nak percaya, apatah lagi org yg kita tak kenal, yg cuma tgk gambar kat fb je, xkan boleh terus suka kan? akak jual mahal??? no. no. no. akak bukan jual mahal, akak cuma xpercaya dengan perkataan 'saya suka awak' lpas tgk gambar. tgk perangai dulu baru tau suka ke tidak. khen!


ciri2 lelaki idaman??? hah. ini satu lagi. xpayah tanya akak soalan ciri2 idaman2 ni..payah la akak nak jawab. mmg kita perempuan ni diknon suka sangat nak buat list ciri2 lelaki idaman. kalau bab2 senaraikan ciri2 ni, perghhh penuh list kan. semua orang mesti nak pumpang pumpang gebang pasal ciri2 lelaki idaman diorang. nak yang tiptop baguih kemain. nak perfect kemain. nak hensem macam fahrin ahmad. nak macho macam adi putra, nak kaya macam tengku adam kamil dlm cerita ariana rose tu **akak xtgk pun, housemate akak taksub tgk cerita ni...hahaha**, nak yg baik macam hafiz hamidun, macam2 lagi lah. sedangkan tak pernah pikir ke dengan ciri2 yang ada kat diri kita ni, layak ke kita dapat org yg kita idam2kan? tak pernah kan pikir.. kan?kan?kan? so, xpyh la nak senaraikan ciri2 sedangkan ciri2 yg ada dekat diri sendri pun kita xtau. apa yg kita boleh buat cuma berusaha memperbaiki diri sndri. moga ciri2 yg ada pada kita nanti jadi ciri2 yg diidamkan oleh insan rahsia nun di luar sana. ewah! 


korang pernah terfikir tak, dalam hidup ni, apa yang korang cari? akak selalu fikir, tapi kadang2 akak pun xtau apa akak cari. buntu. 


buntu la. 


kadang2 termenung, pikir apa yang akak nak sebenarnya. tapi tak jumpa. setakat ni, sejak duduk dekat manchester ni, mmg hari2 termenung. tapi xpernah tau apa yg akak menungkan. 

mungkin termenung bukan cara selesaikan masalah. jadi carilah cara yang betul. cara yang membuatkan hati kita lebih tenang. ketenangan hati tu penting. kalau tenang hati kita, maka tenang lah hidup kita. bila hidup dah tenang, apa2 pekerjaan pun kita boleh buat dengan hati yg senang. 

so.... akak rasa akak nak teruskan usaha utk mencari ketenangan tu. akak tak kan putus asa untuk cari ketenangan. semoga ketenangan itu akan menjadi milik akak suatu hari nanti. 

In sya Allah.


sekian, wassalam.

-ss- 




Friday, January 31, 2014

tutorial tudung bawal ala2 shawl 5 - kemain minah ni!!

Salam Sejahtera Semua,

Akak kembali lagi dengan tutorial tudung bawal ke 5. dah lima dah tutorial tudung bawal akak. siapa2 yang belum try tutorial bawal 1,2,3 dan 4 boleh la try yep.. paksa ni...hahahaha 

Okay, tanpa perlu merepek panjang, mari kita pamerkan gaya utk kali ini..lihat gambo dibawah:




Nampak gaya tudung dlm tutorial kalini mcm lebih kurang sama dengan tutorial tudung bawal 3 , tapi cara dia lain sikit. Tudung je akak guna tudung yang sama sebab akak takda tudung yang luar dan dalam warna lebih kurang sama. Tudung bawal akak yang lain sume color bhgian dlm lebih pudar berbanding bhgian luar. Tapi salunye orang akan guna bawal satin kosong untuk buat tudung style ni.

So kalau nak try gaya tudung yang ni, boleh ikut step2 di bawah.


Step 1:
Pilih anak tudung, atau inner neck yang sesuai.
Pilih tudung bawal satin yang kosong. Bercorak pun boleh xda masalah. tapi pastikan bhgian dlm dan luar sama color atau xnmpk mcm terbalik.. takut nnti org tegur pakai tudung terbalik. =P

Step 2:
Tak payah lipat, letak atas kepala terus. Kali ni letak elok, bagi sama panjang bhgian kiri dan kanan. Bila da sama pnjang, tarik kebelakang tengkok dan pin kan.


Step 3:
Tarik semua bhagian tudung, bawak ke depan. Tak kesah kiri atau kanan, ikut keselesaan anda melilit.
Lepas tu tarik bhgian yang dalam, bawak ke belakang kepala. Yang ini korang memang kene buat betul2, sebab lilit dia lain macam sikit, takut kalau silap tarik nnti tak jadi. Follow gambar kat bawah ni.





Step 4:
Lepas dah tarik dengan betul dan kemas, pin kan dengan jarum bhgian atas kepala supaya tudung kome tak terjatuh melorot yang belakang tu. Akak pin sekali bhgian tepi tudung. 






Tada!!!Siap!!!

ini bhgian depan. ini bhgian belakang. 


Tak sama kan dengan tutorial bawal 3. kan? kan? kan?
heheheh

okay, sampai sini je. nanti akak update lagi pasal tutorial tudung. sebab akak ada tutorial Adhoc and Sensor Network nak kene buat ni. haha 

sekian, wassalam.

-ss- 

Tutorial tudung bawal ala2 shawl 4

Salam Sejahtera semua, 

Akak nak update lagi tutorial untuk tudung bawal. Banyak rupa2nya gaya untuk memperagakan tudung bawal.. ecewah 'memperagakan' melampau khen ayat tu. ah, lantak. so kalini akak nak pakai style macam ni. 


haaa..... nak tau ke tidak mcm mane nak menggayakan nye?? ape??? tak nak??? pedulik ape korang xnk... akak nak ajar jugak cmne melilitnye.. whatevaaaaa.... hahaha =P


Step 1:
Pilih anak tudung atau inner neck yang sesuai dengan kome. 
Pilih tudung bawal kaler yang vogue. haha kalini akak guna bawal satin tapi tudung bawal ni kecik sikit.. sediakn pin yang secukupnye.

inner neck & tudung bawal satin. 


Step 2:
Tak payah lipat, terus letak tudung atas kepala. Macam biasa seblah pendek seblah panjang. Adjust2 la ikut kejinjangan leher korang.. hahah bila da rase selesa, pin kan bhgian bawah dagu, lipat kemas2 bhgian tudung tepi pipi kiri kanan. 

Letak atas, kepala, guna pin, pin bawah dagu. lipat dgn kemas bhgian tepi pipi. 


ini hasilnye.


Step 3: 
Tarik semua bhgian blkg tudung bawak ke hadapan. Ambil lipatan yang betul tepi kepala tu (banyak2 pun xpe), tarik bawak naik, lilit dengan kemas atas kepala. sampai dah xboleh tarik (sampai kepenghujungya). Guna pin, pin kan bhgian hujung tudung tu. Paham ke tidak??? tgk gambar bawah ni. 

Tarik semua ke depan. Ambil lepatan yang betul.

tarik lepatan tadi, bawak naik atas kepala, lilit dengan kemas, sehingga ke hujungnya.


Ambil pin, pin bhgian hujung tepi telinga tu.


Step 4:
Pin kan dengan kemas bhgian kiri dan kanan bahu. supaya tudung tak terobang! 


pin tudung kat bhgian bahu.


Tada!!! Siap!!!

ini bhgian depan. ini bhgian belakang.



Amacam, menarik tak. ape?? tak?? prffffff =P

okay, selamat mencuba!

sekian, wassalam.

-ss-