si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Monday, January 6, 2014

aku bahagia - oh, mimpi je ke?

Salam Sejahtera Semua,

Semalam kemain xmenahan post nak tangkap leleh, nak menghiris kalbu, nak bergelora jiwa. Pui!! Sehari sedih sudah khen. Xpayah la nak over sampai berminggu2 lamenye. Apa yang berlaku biarlah ia berlalu. Yang baik kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan sempadan. Btoi ke ntah ayat tu. Ade akak kesah? Haha

Okay.

Tak nak dah over2.

Tak payah dah nak pendam2 perasaan.

Tak perlu nak mengada2.

Sekarang ape perlu buat?

Buat dekkk je la dengan semua tu.

Lupakan semua.

Biarkan berlalu pergi.

Ewah. ewah. ewah.

ko ingat senang ke nak lupa mcm tu je? tidak! tidak! tidak!

Setakat harini masih segar di hati, masih segar di ingatan, masih segar di dlm mimpi. Hah, ckp pasal mimpi, sampai akak termimpi2 smlm. Dan dlm mimpi rasa sgt bahagia.. Mane tak bahagia, akak nampak senyuman itu.. waaa pengsan okay, mmg tahap pengsan senyuman itu. okay, sekarang meter rindu sama dgn meter kereta kat highway bila xde AES.. hahahaha dah kak, jgn suka sgt! Mimpi je pun! Jadi akak tafsirkan mimpi sendiri.. kalau dlm mimpi bahagia, maksudnye...sebaliknye la kot. :'(

Apa2 pun. Sedih tak boleh berlarutan.

Harini senyum sampai ke telinga.

Tapi ingat, jgn nak suka terlebih.

Bak kata org tua2 "Suka suka lama lama berduka."

Dan mulai hari ini... xboleh da reject2 org yg nak masuk jarum. **Ayat poyo mcm selalu reject org..mcm la ramai org nak ke awok. Prrfffff**

Eh. eh. eh. Bukan..salah ayat kat atas tu.. mulai hari ini belajar bersungguh2.. dan akak rasa mcm belum nak balik Malaysia lagi la. Akak rasa nanti bila dah habis master, akak nak sambung Phd kot. Sebelum ni rasa nak sambung belajar tu mcm 60%-40% sambung-xsambung. Tapi bila akak kenangkan tangisan akak semalam.. terus lonjak naik 80%-20% sambung-xsambung Phd. Semangat nak apply MARA sekali lagi untuk Phd plak. Bulan 3 or 4 ni skim pasca siswazah tu bukak. Kne alert ni. Kalau tak melepas nak merasa duet MARA lagi.. hahahah eh, eh, eh... Mcm nak bawak diri selamanye je kak! Over khen!

Ah, apply je la kan. Dapat tak dapat, sambung tak sambung tu belakang cerita. Janji semangat tu ada. Kan kan kan?

Dan sebelum akak bersurai, akak tujukan lagu ini khas buat org yg buat akak 'rasa' sesuatu tu. sesuatu sgt!

Shila Amzah - Masih aku cinta. Ouch!! =P


Sekian, Wasalam.




Nota kaki busuk: Awak. Sorry! :'(


-SS-

1 comment:

Ermm Erm said...

:-)...jgn hilang senyuman dgn tangisann...Allah ade. Blaja rajen2...

Selamat mlm.