si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, January 24, 2014

Manchester Christmas Lights Switch On - berlari nak tgk fireworks!

Salam Sejahtera semua,

Jumaat 8th November 2013 yang dah lame berlalu, baru harini nak cerita, dekat albert square nun ade majlis pelancaran **hah siap guna perkataan pelancaran** Manchester Christmas Lights Switch On. Kemain panjang nama event ni. Akak saje la pergi tgk cemane la omputeh ni meraikan malam rasmi bukak lampu sempena krismas. Dirog cakap ada fireworks. Yang akak nak tgk sangat tu sebenarnye bunge api je. Yang lain konsert2 tu xmau la. Serabut perut dik non.

So sempat la akak snap beberapa kepin gambo yang xberapa nak jelas. Almaklumlah malam kan gelap. dengan hujan dan sejuk gigil2 nye. Nak di jadikan cerita, masa kitorg sampai tu baru nak start majlis.. ada la orang nyanyi2, adela penyanyi2 glamour tapi akak malas nak amek tau siapa. DIorg ckp fireworks lambat lagi, so akak n housemate sume decided nak pi jalan2 kat city, minum kopi seframe dua, beli barang skit, japgi patah balik tgk firework.

Dekat je Albert Square dgn Arndale. Akak pergi farmasi beli barang2 perempuan. Nak minum kopi kedai penuh yang amat. So sempat bergambo dgn kopi org. hahahaha lepas tu tgh jalan2 nak beli makanan, tiba2 dgr pumpang2 bunyik fireworks.. haaaa?? da start??? ape lagik, kelam kelibut semua bertempiaran lari sebab takut xsempat tgk firework. Dari tempat kitorg berdiri xnampak sebab dikelilingi bangunan tinggi. Jadi terpaksa selit2 celah bangunan sampai ke Albert Square tu nak tgk bunge2 api. Akhirnya dapat jugak tgk. Akak ade amek video sekitar majlis manchester lights switch on ni, tapi akak letak dalam ig... Malas nak ckp byk, xde mood nak tulis. Tgk gambo je sudey.

Nampak tak patung santa tu. Dipenuhi mentol2 lampu. ni santa sebelum diorg on lampu. 


Ni akak dan housemate, bergambo dalam gelap.


Kami singgah minum Costa konon!


Akak dengan ijiewani!

Akak pun nak ambik gambo kaki jugak macam mengkome!

Ni bunge2 api, xbape jelas sangat. huwaaaa akak ada upload video dekat ig.

Asap banyak, xnmpk bunga api nye.


Ni pakcik santa lepas lights switched on. 


Pakcik santa dari dekat.

Bangunan belakang santa tu namanye Albert Square.


Disinari lampu neon...


Selfie berempat!



Budak2 pun banyak. Tak reti tido ke dik oi, malam2 pun nak kluar tgk bunga api.




Sampai sini saja. Akak malas nak tulis panjang2. 

Sekian, wassalam. 


No comments: