si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Wednesday, January 29, 2014

nak sambung belajar kat oversea?nak!!! tapi mcm mane?

Salam Sejahtera semua,

Sejak akak belajor kat Manchester ni, ate ramai bebenor whatsapp akak, msg akak, email akak, wechat akak tnye cemane nak apply. Haaaa udah kalu sepuloh orang menanye, sepuloh kali la gamaknye akak menjawab soalan yang same. naik bebuih mulut awok ni. hahah tapi akak tak kesah, akak jawab je. orang tanye, kita jawab la. lagipun share pengalaman, share ilmu. xde salah nye kan. bukan kita sorang je nak belajar kt oversea. orang lain nak merasa juge. dak ye??

haaa...gini la. kot ada adik2 di luar sana, yang kepingin...nak sambung master ke phd ke kat luar negara selain dari Malaysia ku yang permai nun, boleh la baca tips2, cara2, dan langkah2 awal yg perlu di buat kat blog akak ni. Ini apa yang akak lalui la masa akak mula2 memohon dlu. tak susah, senang je..tapi kalau susah pun, usaha betul2, ikut cara yang betul, in sya Allah akan di permudahkan kalau itu betul2 rezeki kita.


Niat
Niat kita untuk sambung belajar. Akak nasihatkan kepada yang teringin nak sambung belajar kat oversea ni pikir dlu, tanya dulu diri sendri. "apa niat aku sebenarnye nak sambung belajar". ewah...siap nak bermonolog dalaman khen. Tapi jujur akak cakap, kalau niat sekadar nak dtg jalan2, nak glamour, nak menunjuk kat orang, xpayah la...batalkan saja niat itu sbb mungkin tak kan kemana. Mungkin process nak apply tu akan jadi sukar. Sbb Allah tau niat kita apa. Jadi, tanam dalam2 niat tu untuk:

1. belajar kerana Allah Taala,
2. belajar kerana ingin menambah ilmu pengetahuan,
3. belajar untuk masa depan yg lebih baik (pekerjaan yg lebih bagus, boleh bantu keluarga nanti).
4. belajar untuk mengetahui cara hidup dan budaya orang luar. tp jgn ditiru budaya yang tak elok. haaa

banyak lagi la sebab2 yang baik yang kita harus tanam dlm hati tu. khen.. lepas jalan2 shopping2 tu jatuh la nombor 9 ke 10 ke..atau macam nasihat abah akak, kalau ada duet lebih baru la pergi jalan2 ye..


Course
Lepas dah betulkan niat, tgk balik degree kita dlu macam mana. Kita ni nak sambung bidang apa. Sama bidang yang sebelum ni ke, atau nak masuk bidang lain. Banyak akak tgk bebudak kat pesbuk tu tnya pasal course yang bagus utk diri diorng. ade ke tnye orang course yang bagus utk diri sendri, sedangkan diri kita yg kenal diri kita sendiri. diri kita yang tau kite perform ke tak sebelum ni. Jangan pilih course sebab nak glamour je. Hahahah pikir jugak kita nak jadi apa atau kita nak buat ape lepas habis belajar nanti. Kalau agak2 nak jadi lecturer, amek la course yang mmg kita minat, yang memang kita expert, yang memang kita boleh bawak. Kalau nak jadi manager, ambil la course yang lebih kepada management, contonye MBA ke project management ke, project fianance ke. Lepas tu boleh la pilih sama ada nak buat research ke atau nak buat taught course. Kalau rasa diri tu pemalas, xpayah la buat by research dik non, kang sampai bila2 korang dok kat oversea nun hah. Tapi kalau nak jugak buat research, ubah la perangai kome yang pemaleh macam akak ni ke perangai yang lebih rajin skit. hahahaha


University
Lepas dah decide kita nak ambik course ape, nak jadi apa nanti, boleh la check dekat website university pasal course2 yang diorang tawarkan. Ingat, jgn nak pilih university yang glamour je, atau jangan nak pilih tempat2 yang glamour je, university kat kawasan kampung, jauh kat pedalaman, or country side pun baguih gak... pilih university ikut course yang korang nak ambil. Kalau contohnye nak amek course engineering, pilih university yang mmg top pasal engineering. mungkin diorg ada lecturer yang bagus, facilities or equipment yang bagus. so, korang akan jadi baguih. Nak ambil architecture, tgk university yang baguih dlm bidang architecture. Semua tu korang boleh check dekat internet, ni ada beberapa link akak bagi, sng korang nak tgk..

http://www.timeshighereducation.co.uk/world-university-rankings/2013-14/world-ranking
http://www.topuniversities.com/qs-world-university-rankings

Lepas dah tgk university yang baguih, pi laman web/website uni tu, under postgraduate tab untuk check course yang korang minat tu ada ke tak. Kalau ada, tgk la dia punya requirements sama ada korang layak ke tidak. Tengok jugak course yang korang nak ambil tu subject yang dia sediakan korang boleh bawak tak nanti. kebanyakkan nye semua sama je subject yang kita belajar masa degree dulu cuma lebih advance. Tengok la beberapa university, jangan tengok satu dua je. Lagi banyak lagi baguih..pastu compare la course yang uni A, uni B or uni C tawarkan. Pilih mana yang korang rasa paling bagus. Kadang2 kalau korang kompius, xtau nak amek uni A ke B ke C ke xde masalah. Korang apply je tiga2. Orang tu tak marah. cuma nanti andai kata dapat offer dr ketiga2 uni tu, korang tolak baik2 university yg korang nak reject tu. jgn buat dekkk je.. supaya nnti korang xkene blacklist...hahaha


Online Application
Lepas dah decide uni, korang pi dekat website uni tu, cari tab 'how to apply'. kompem ada la tab 'how to apply'. Kat situ korang boleh belajar cara2 nak apply course yang korang nak tu. Salunya online application ni akan mintak kita register account dgn dia, lepas tu isi online form, dan kita boleh track status application kita tu. Masa isi online form ni la, kita kene attached kan document2 penting pasal diri kita mcm i/c or passport ke, cert2 penting mcm degree cert, ielts cert, spm cert kalu, reference letter dan macam2 lagi. Jangan risau kalau tak cukup maklumat yang dia mintak, kita boleh save form tu, bila da complete baru boleh submit. Selagi belom complete korang boleh login untuk update form korang. Jangan lupa password masa nak login balik sudah le yek. kang xpasal2 kene apply lain. Lagi satu jangan lama2 sangat hold application tu, selalunya diaorg bagi masa sebulan je untuk completekan online form tu, kalau tak automatic application/account kita dibatalkan.


Referee
Sebut pasal reference or recommendation letter ni, nak bgtau siap2. Korang kene ade at least 2 referee yep. Yang fresh grad, boleh mintak izin kat lecturer masing2 yg korang nak jadikan lecturer tu referee. jgn tak bgtau pulak, kang terkamjat plak diorg kalu tiba2 uni yg korang apply tu tiba2 email diorg suruh isi form apa2 ke. At least pi bagitau siap2, mintak siap2 recommendation letter tu. Kalau yang dah kerja, boleh mintak kat senior, or leader or boss korang. Tapi kalau nk mintak kat lecturer jugak pun xde masalah. hahahahah akak mintak kat lecturer, sbb xnk bos tau akak ni nak resign...maafkan saya bos! hahaha Ramai jugak yang mintak contoh recommendation letter kan. So kat sini, akak attached kan sekali untuk rujukan korang.

contoh surat




Feedback
Selepas korang submit online application tu, university akan bagi feedback sama ada korang layak atau tak untuk join program or course tu. Maksud akak layak atau tak tu, diorang tgk background study kita sblum ni related tak dgn course yang kita apply, lpas tu diorg tgk pointer masa degree. Diorg tengok jugak english cert kita (kalau dah ambil ielts la). Feedback ni depends on uni. Ada university yang ambil masa kejap je untuk semak application korang, ada yang ambil masa lama sikit. Akak apply Kent, Portsmouth and Manchester. Kent bagi conditional offer letter dalam masa 2 hari lepas akak submit. Manchester bagi conditional offer letter dalam masa 2 minngu. Portsmouth bg feedback dalam masa sebulan. Lepas dah dapat conditional offer letter, kene berusaha lebih sikit untuk dapatkan unconditional offer letter.
Maksud conditional offer letter ialah, korang mmg dah ade tempat kat uni tu cuma ada beberapa syarat yang belom korang penuhi seperti amek IELTS, or bagi financial statement dari sponsorship.
Atau pada siapa2 yang belum habis belajar, sekarang tgh final sem tapi dah merancang nak terus smbung master dekat oversea, korang boleh request University korang yg sekarang untuk keluarkan partial transcript so that Uni kat oversea nun boleh accept korangnye application.


Sponsor
Sementara nak tunggu feedback dari university, korang dah boleh cari mana2 sponsor. Tgk la laman2 web yang salu keluarkan iklan pasal sponsorship. Yang ni mmg kene alert. Join la mana2 group kat FB tu yang salu post pasal biasiswa or scholarship. Akak join group ni dekat FB. Banyak jugak la info2 pasal biasiswa dalam dan luar negara. Boleh la korang search dekat FB nun n join this group.

Biasiswa Dalam dan Luar Negara (Undergrad,Postgrad & PostDoc) 

Lepas tu rajin2 la bukan website JPA ke MARA ke atau mana2 Yayasan yang tiap2 tahun akan keluarkan iklan pasal biasiswa atau tajaan diorang. Macam skrg ni akak rasa MARA dah nak bukak dah bulan dua ni. So kene cepat2 la dapatkan conditional offer letter dari University supaya korang sempat la apply biasiswa sebelum tarikh tutup.

Ini link untuk permohonan online.
http://online05.mara.gov.my/permohonanpasca/_login.aspx



Follow up
Akak nasihatkan korang rajin2 la follow up dengan university yang korang apply tu. Kalau ada apa2 kemusykilan jangan ragu2 terus je email diorang tanya. Diorang tak kan marah. Diorang sangat berbesar hati nak jawab soalan2 korang. Kadang2 diorang sendirik yang akan email or call kita tanya kalau2 kita ada masalah dengan application, ada masalah dengan condition2 yg diorang bagi. Kalau korang nak mintak waive IELTS and nak guna GCEO Level (1119), tanya dulu uni tu samada diorang accept atau tak sijil ni. Kadang2 ada certain uni, cuma nak surat pengesahan dari university masa buat degree dlu all courses was fully conducted in English. Kat sini akak sertakan sekali contoh GCEO Level sbb rmai yg tak tau sijil tu and surat akak dapat dari University Malaya.

GCEO Level

 letter confirming that medium of instruction has been in English.


Apa2 pun paling penting sekali persediaan mental dan fizikal. ecewahh..haha korang kene la berusaha bersungguh sungguh..jgn malas2.. sentiasa berpikiran positif, yakin dengan diri, bak kata orang sekali dah make a step truskan jangan benti tengah jalan. So kalau da start apply, teruskan la. Kalau memang rezeki kita, Allah akan permudahkan. Tapi kalau bukan rezeki kita sekarang, tak pa cuba lagi setiap tahun. Lagi satu akak nak ingatkan sediakan wang secukupnye..banyak nak guna duet masa application process ni. Nak kene pi uni dulu jumpe lecturer utk mintak ref letter. nak kene scan doc sijil sume nak submit online app. Nak kene buat passport bagai, nak kene buat visa bagai **sbb duet mara lambat dapat** hahah, nnti bila dah nak pi kene buat medical check up, TB test, semua tu pakai duet dik non oiii...so kene la ade duet jugak..

semua benda2 di atas akak buat sendiri. akak tak mintak tlg emak abah sebab xnak menyusahkan diorg. akak cuma mintak diorg doakan akak berjaya dlm hidup akak. akak apply pun mak dengan abah tak tau mula2. akak  apply uni sndri, akak apply mara sendiri. akak pi ulang alik UM jumpa lecturer jumpa admin, turun naik pejabat mara dengan kak nah, pumpang2 tlepon incik zairi, cik asyikin (maaflah incik zairi, cik asyikin sbb sy banyak songeh..hahahah), kehulur kehilir bawak kete, pi exam sampai ke beranang nun ngn kak nah, pi buat pasport pi buat visa, pi medical checkup di bulan puasa, aci ngelat kuar time lunch lama2 **maafkn saya bos, sy terpaksa**.. Bila dah dapat semua, baru bgtau abah. Mula2 abah akak mcm tak bagi sebab dia tau akak kememeh minah cepat nanges. Tapi disebabkan akak pandai uruskan semua sendiri, tak myusahkan dia, guna duet sendiri apply semua, abah akak yakin akak boleh jaga diri masa kat oversea nnti. So dia terus izinkan akak pergi. Jadi, korang pun kene la usaha sendiri, supaya mak ayah korang yakin korang boleh berdikari bila duduk luar dari malaysia. ecewah.

Haaaaa penat dah membebel. Harap korang paham la apa yang akak bebelkan kat atas ni.
Kalau ada pape soalan, boleh je tnye. akak boleh je jawab. Xde masalah. kongsi pengalaman kata orang khen..

okeh, penat. nak tido. hahaha



Sekian, wassalam.

-ss-

9 comments:

Farhana Azmi said...

salam. :)
nice entry.byk info. :) btw, sy Farhana. sy nk tny bkenaan sijil GCEO level tu. sy spm 2003.cmne nk dapatkan sijil tu ye sbb seingat sy mmg xpnh ad sijil tu.or 2003 nye sijil mmg xvalid?tq so much :)

shaufikah shukri said...

Salam Farhana, rasanya GCEO start SPM 2004. kalau tak silap la. Saya batch spm first yg ada GCEO nye cert. Kalau nak kepastian kene call skolah, =)

farah norfarahin said...

Aslmkm..akak shaufikah..yg GCEO tu ada di semua sekolah or kt MRSM je ea?sy SPM 2007..hmm..lg 1 kn,biasiswa Mara tu selalunya mmg cnfrm dpt ke kak?klu xdapat, mcm mna dgn permohonan kita dgn univ tu, akan terbatal la ea?sbb nak harap duit sniri mmg payah la..

M Noor Fikri said...
This comment has been removed by the author.
Shakinah Anwar said...
This comment has been removed by the author.
Shakinah Anwar said...
This comment has been removed by the author.
ukasya shakena said...

Assalam. Saya baru je received conditional offer letter dr Kent. Terbukti mmg 2 hari working days je. Saya nk tanya kalau saya click accept offer, ada masalah tak kalau saya tolak nnti ?
Kemudian syarat pada offer lettee tu ialah IELTS, bolehkah saya ajukan soalan pada Kemt officer sama ada dibenarkan atau tidak utk waive dengan GCEO.

shida lee said...

Assalamualaikum. boleh saya tanye sikit.
Surat pengesahan medium instruction in english tu, mintak kat mana?
pejabat akedemik or pejabat pendaftar?

Terima kasih in advance kerana sudi jawab =)

Mas Iliani said...

Salam. Saya nak tanya. Recommendation letters tu kena sediakan before apply universiti ke?