si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Wednesday, January 22, 2014

senang je belajar kat Oversea ni! **tangan ke bahu mata ke atas**

Salam Sejahtera semua,

lama tak gebang kencang.

Harini merdeka tapi bukan 31 Ogos, sebab harini yang merdeka cuma akak sorang. Celebrate sorang2. Merdeka sebab dah habis exam untuk sem1 di University of Manchester ni. Tamat la riwayat sem1 ni. Walopon tonggang terbalik nangis study, tak cukup tidur, study sampai muntah, paksa diri. Akhirnye akak berjaya juga. Berjaya habiskan jawab semua papers. Lulus ke tidak tu belakang cerita. Yang penting kita dah usaha, dah buat yang terbaik, dah berdoa, sekarang tawakal je la dik non kan? **walaupun rasa mcm ada satu paper yang akak bakal repeat. maafkan ateh mak, abah. maafkan akak wahai encik MARA, maaf kan saya wahai abg ijam penjamin MARA ku!**


Akak malas dah nak cerita pasal exam. Kalau cerita mungkin nanges. Tapi nak cerita jugak la dik non. Nak bagitau yang sambung master dekat oversea ni bukan senang dik non oi. Nampak je la seronok melencong ke sana ke sini, tapi study tetap susah hardcore. tengok jugak la course ape yang korang tibai nak ambek tu. Len kali pikir panjang nak amek course ape, jgn nak ikut sedap title course je. Lepas tu... hambek kau, menangis la study tonggang tonggeng. hahahahahah **ayat ni saje nak bagi sentap diri sendiri**


Sebab ape akak rasa susah belajar kat oversea???

Satu.

Carry mark rendah woi!. Tak macam kat Malaysia nun hah. Masa akak belajar kat UM dulu, xdela akak study tonggang tonggeng terbalik macam kat UoM ni. Dulu carry mark setiap subject boleh la dapat 30-40%. final paper cuma 60% je. Tak payah jawab semua soalan pun xpe...walopon carry mark akak xde la fullmark pun sebab korang igt senang ke nak score quizes and test kat UM tu. Susah juge la meh!!!  Tapi kat UoM ni, 80 -90% markah adalah dari final exams!!! tercabut jantung akak tau! Huwa... mmg paling kene jawab semua soalan dengan BETUL. akak ulang, jawab dengan BETUL tanpa ade sedikit pun salah.. kalau tidak, mmg failed le mengkome jawabnye! huwaaaaaaa


Dua.

Korang ingat senang ke nak bercakap dengan kawan2 warga asing tu hah. Walopon bila dekat manchester ni, akak la yang jadi warga asing, org puteh tu la local. khen..**akak perasan akak org local** Akak ni english tak de la power sampai meletop kebabom. setakat cakap 'yes' and 'no' tu tau la.. Nak terangkan dekat diorang kalu diorg tnye akak soalan, berpeluh juge la nak menjawabnye. hahahah rasa bengap pun ade tau dok?? hahahah tapi akak pedulik hape. akak bantai je cakap. janji diorg paham khen..setakat ni akak cuba biasa2 kan diri bersembang ngan kawan2 france, Oman, khazastan... hebat tak akak,  kawan ngan org france okeh! xmain la org2 biasa ni. =P


Tiga.

Untuk school akak ni, diorg dah susun jadual, satu subject lecturer akan habiskan dalam mase 3 minggu. Hari2 kelas yg sama, subject yg sama, hadap muka lecturer yg sama, non-stop! cukup 3 minggu, habis satu subject, tutup buku subject tu. Bukak pulak buku subject lain selama 3minggu. Dalam masa 12minggu, akak selamat khatam 4 subjects.. dapat la cuti sebulan sebelum exam week, pi main2..pi jalan2..lompat sana lompat sini, gelak sana gelak sini, suka sana suka sini, menjerit melopong tergedik...haaaa, mmg xingat buku...tup2 abeh cuti, terus exam! korang rasa2 la kan, akak ingat ke subject yg mula2 akak belajar tu?? haaaa...ingat ke tidak?? jawab diknon, jawab! huwaaaaaa.... =(


Empat.

Past Years Exam paper. Haaaa huntung la belajo kat Malaysia dulu, boleh la spot2 soalan apa masuk exam. Lecturer pun baik hati bagi hint2, bagi sikit format2, bgtau buat past paper ke kan.. melainkan lecturer baru yang ajar subject tu. mungkin tahap nganga jugak la kan tak tau mcm mane style soalan exam dia...tapi kebanyakkan nye past years paper tu mmg berulang je la setiap 2 or 3 tahun. tak mungkin lari format. tak mungkin lari tajok ye dik non. Kalau lari pun, tak de la jauh jauh 260kmph ye dok? Still boleh jawab jugak kan exam tu. Still boleh guna equation or theory yang sama. Still boleh goreng mee ke kueh teow ke bihun ke nasik ke kan dalam buku jawapan tu. kan? tipu la kalu korang xpernah goreng masa jawab exam dulu. Akak ni kaki goreng nombor satu dunia. Mau hangit buku jawapan akak tu. Tapi...dekat UoM ni, korang jangan harap la lecturer korang nak bagi tips, nak bagi hint2 soalan ape yg masok. kalau bagi pun, general je eh.

"please study all the examples, exercise and problems given in your notes".. 

hoi, dah kalau ade 50 examples, 50exercises, 50 problems, xkan semua tu nak masok exam? Yang mane satu der? Haaaa...mau ko muntah buat 150soalan berulang2 kali sampai ko ingat semua! hahahahhaaahha

"whatever equations that have been highlighted or put inside box from this slides/notes are very important"..

hah, dah kalau semua equation tu duduk dalam kotak, semua benda highlight makne nye semua la important. Mmg satu buku jugak la aku hapal kan???

"if you understand the notes, the overall subject, no worries, you definitely can answer the exam questions". 

tonggang tonggeng aku paham kan notes, paham kan semua theory, lepas tu bila aku bukak buku soalan tu, nganga... mmg tahap aplikasi kaw2 tahap xpernah imagine soalan tu ko nak tanye... susah gila sampai aku nak goreng pakai theory yang mane satu pun aku dah xtau... huwaaaaaaaaaaa


Lima.

Cuaca sejok terlampau! hahahah ini akak mmg tak sanggup...walopon dah empat bulan lebih dah kat sini.. akak masih lagi tak biasa okeh! Dulu masa study kat malaysia, akak boleh bangun awal pagi, study dengan jayanya. Tapi dekat sini, bangun pkoi5 pagi, sejokkkk der. terketar2 badan akak ni menahan sejuk. Dah akak cuba untuk buat diri ini study, tapi mane mau nye nak masuk ilmu tu ke dalam otak ni...sebab otak ni dok pikir sejuk sejuk sejuk sejuk... Mmg akak mengesot balik naik atas katil, tarik selimut sampai ke kepala...pastu kroihhh kroooihhh kroooihhh dengkoq sedaq2 bgn da pkoi10..hah, nanges la study dlm mimpi je mampu!


Enam.

Entah kenapa, dekat sini, 24jam akak rasa lapa. study sejam.. kruk kruk kruk perut akak bunyik tahap buat pancaragam okeh. Korang tak tahu tahap tahan malu kalu kruk kruk kruk pancaragam tu bunyik dalam kelas. Haaaaa nasib baik la perut akak belum tahap pancaragam bunyik dalam kelas. Tapi pancaragam orang lain akak selalu la dengar. hahahahha So, study xbanyak, pergi dapur masak and makan tu yang paling banyak. So bila da kenyang2 makan, korang rasa2 la mata ngantuk ke tak? Haaaaa tahap nguap kaw2 okeh. Lpas tu ape lagi, lompat naik atas katil. Hahahah mmg pkoi 9 mlm akak dah ngantok. Kalau siang pulak, ngantok jugak, konon nak tidur, tapi akak tak pernah boleh tido siang, so yang mampu akak buat, bermalas2an di atas katil selama sejam dua.. pastu bangun main laptop. main pesbuk. main ig. main twitter. main wechat. main whatsapp. study banyak ke main banyak? teka!



Ha..........kalau senarai kan sebab2 alasan2 tu mmg banyak je kan? Sebab manusia mmg paling banyak alasan. Manusia malas lagi banyak alasan. itu akak. akak sedar akak malas sebenarnya. Huwa!

Jadi akak telah belajar dari kesilapan penyakit malas ini. Mulai sem hadapan akak akan berusaha bersungguh2. Sem depan la sangat, 27hb January ni dah masuk semII.. semangat!!
**mohon dapat buat lab dengan jejaka2 kacak lagi =P **

okeh, shau!
kurangkan imaginasi, tingkatkan rajin dlm diri, belajar banyak jgn main2 lagi! **haaa slogan gitu!!!



Okeh, disebabkan harini dah habis exam.
Akak nak pi qada tidor yg tak cukup selama 3 minggu berturut2. hahahaha

Sekian, wassalam.


-SS-

*shaufikah shukri*


No comments: