si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Thursday, January 23, 2014

Shau Hood - memburu di Nottingham

Salam Sejahtera Semua,

Harini dik non semua beruntung sebab boleh baca pasal pengalaman akak memburu kat Nottingham.. haha untung ape bendenye ntah.. harini mood akak baik pulak nak menulis panjang2..

Nottingham ni tempat kedua akak explore bersama coursemate. Beli open return train ticket bertarikh 9Nov2013 berharga sebanyak GBP14.25 tunai...sah?sah? hahaha 9Nov2013 tu tarikh keramat, ade la satu tragedi ni.. akak nak lupakan, tapi xboleh lupa.. yang akak boleh buat hanya Redha dgn ketentuanNya. **hamboih, kemain nak throwback2, xpyh la kak oi, buat terguris hati je..buat ape khen..** okeh okeh okeh..

berbalik semula kpd cerita pergi memburu.. Kitorg naik train subuh sepii..xdela subuh sepii sangat. Akak bangun pkoi5 pagi sebab nak goreng nasik..bawak bekal katanye. Jimat!!! makanan kat Notts tu mungkin mahal kate org ler.. dan mungkin susah nak jumpa kedai makanan halal. Tak macam kat Manchester ni, bersepah kedai makanan halal. korang sebut je ape. kedai nasi arab, kambing golek, ayam turki panggang, kebab roti pita, nasi beryani udang, kari kambing, wah......kalu listkan kompem tak habis..eh, ni rasa mcm nk buat entry pasal kedai makan dekat Rusholme ni, mungkin 10 entry pun blom tentu cukup.. hahahahaha dah dah dah kak, menyimpang jauh dengan tujuan berburu kita hari ni.. hahahahah

okeh, kat mana kita tadi?
hah! akak masak nasik goreng bawak bekal.

So, Perjalanan dari Oxford Road Station ke Nottingham Station mengambil masa kurang lebih tambah tolak dua jam mungkin. Akak lupa. Tapi sepanjang perjalanan tu view mmg cantik habis la... Ladang kambin biri2..rumput hijau... luas...rumah oldschool.. cantik sgt.. Subhanalla...cipataan Allah mmg tiada tandingan.. Ade amek video, tapi mcm xboleh upload dlm Blog.. bencik la...huhu Dalam train yg kitorg naik ni bsepah2 la bebudak Malaysia yg sama2 nak ke Nottingham. Tapi akak tak kenal pun diorg. Hi hi bye bye je la dalam train tu. Train pi Notts ni singgah jugak kat Sheffield. Kat Sheffield pun bsepah2 budak Malaysia beratur nak naik train ni. Haaaa cuba korang teka. Kenapa semua org nak pergi Notts.. ha, teka la! teka! hahahaha



beli kopi, xnk bagi ngantuk sepanjang jalan. boleh tgk pemandangan!



Jauh perjalanan. Byk sgt stesen benti.


Sesampai je dekat Notts Station **sesampai?? what de perkataan tu.. ada ke perkataan sesampai? ke akak reka sendiri?ntoh, abaikan!**, kitorg saling berpandangan.

"nak pi mane ni?"
"nak naik ape?"
"kat mana sport center?"

Pastu semua budak2 Malaysia pun saling berpeleseran tepi jalan. Tgh kira2 nak naik ape. Bas? Tram? Taxi? Mahal x? 

Kitorg 3 org pun, dengan selambe blah dr tempat tu sbb malas la nk berpeleseran kat situ. Buang masa. Tak payah pikir panjang. Bukak langkah. Konon nak explore sendiri. 

"Korang tau ke nak pi camne?" tegur sorg budak ni saat kami melangkah.

"Tak tau! Redah je." Khairi jawab. 

Akak n miza follow je la khairi. Muka kitorg kompiden abeh. Kene buat muka macam hebat. So xdela org igt kitorg tak tau. Ini tips penting. Pergi merantau, berjalan, melancong jauh2, mmg wajib kene buat muka selambe mcm korang da pernah dtg tempat tu walopon xpernah dtg, walopon dalam hati tu punya la bdebar2 takut sesat. Hahahaha igt pesan akak. Muka mesti kompiden. Tapi jgn la buat muka belagak pulak. Itu mintak penyepak namanye. khen.

okeh! ni nak bgtau ni kenapa semua budak Malaysia nak pi Notts pd 9Nov2013.

Tujuan sebenar kitorg pi Notts adelah sebab nak pi tgk sukan2 budak malaysia kat sana. Yelah dah lame tak tgk budak2 malaysia main badminton, takraw, basketball, congkak, batu seremban dan sebagainya. Mungkin akak rindu dgn batu seremban sebenarnye. Duduk bersimpuh ala2 perempuan melayu terakhir, sambil lambung2 batu dengan lemah longlainye.. oucchhh rasa kemelayuan terserlah disitu.. haha Tapi apakan daya, tujuan sebenar kitorg tu tak tercapai sebab Sport Center Notts University tu jauh kemain dari bandor.. orang nak jalan2 cari robin hood lagi. mane sempat.. so kitorg decided to cancel pi tgk org bsukan, ganti kepada jelajah Notts. sbb xbyk masa kan....

Nak dijadikan cerita, kitorg xtau kat mane pulak tempat2 yang nak dilawati. So sambil duduk depan Debenhams Notts tu, mengadap Old Market Square, sambil makan sandwich Khairi bawak, kitorg pun pikir nak pergi mana.... pikir punya pikir punya pikir... xdapat jugak jawapan. Last2 dok berposing sakan kat situ..ambik2 gambor..dekat pokok krismes yg tak berapa nak siap tu.. pastu pergi tnye kat Tourist Info Center dlm Old Market Square tu. Tnye org lagi senang kan, xpayah pikir panjang!!!





Old Market Square bermodelkan akak yg gemok. pakai baju Mickey Mouse. Teruk!


Christmas tree in the making.





Bandar Notts yang bersih.
Bandar yang aman dan banyak bangunan oldschool, cantik.
Cantik kan?


Market Square tapi kali ni model dia sape ntah. 

So, the tourist agent tu listkan la tempat2 yang kitorg wajib pergi dekat Notts ni. Terkamjat dia tau kitorg ni pergi satu hari je.. Dia sound:

"Satu hari tak cukup la dik non oi nak melawat semua tempat!" 

okeh, akak tipu org British mane reti cakap bahasa Melayu. Akak pun satu kan, nak menipu bior le bertempat. Khen! hahaha

Jadi, akak story skit la pasal bandar dekat Notts ni. Alkisahnye, ecewah, mcm sejarah kan? Takde mau nye, akak bukan sejarawan pun. Sejarah Malaysia pun asek failed masa trial PMR dlu. Sampai kene berdiri dalam kelas. Buat malu keturunan cucu-cucu Sidek! **akak bukan anak2 sidik okeh, akak cucu2 sidik, sbb arwah atok akak nama Sidik. Kawan sekolah dulu panggil "Shaufikah Shukri Sidik!" Kemain name penoh 3 generasi! ok, tersasar sekali lagi. xpayah nak imbau cerita sekolah menengah dlu. Nanti buat entry baru pasal secondary schooooool. **owh, ghendu gerik!**

Kat mane kite tadi?
Haaaa....... bandar Notts ni dibahagikan kepada 5 zone. Boleh rujuk gambar peta di bawoh.




1. Royal Zone (Blue)
2. Castle Zone (Brown)
3. Broadmarsh Zone (Green)
4. Victoria Zone (Red)
5. Lace Market Zone (Orange)

Setiap zone adelah keistimewaan tersendiri. tapi akak xnk la cerita pasal setiap zone. akak cume nak cerita akak pergi mane je khen. xpayah la nak buat karangan panjang dlm ni. xde masa orang nak baca. hahahahaha

So mula2 akak dan kawan2 pi Nottingham Castle. Kene bayar nak masuk castle ni. Dalam 4 or 5 pound sorang, akak tak ingat sebab miza yg bayarkan..hahaha Takda la besaq mana pun istana dia. Tapi garden dia cantik. Rumput sangat2 hijau. rasa nak baring berguling atas rumput tu. Hahahaa Sempat la akak ngn miza bergamabr seframe dua atas menara tinjau yg tak berapa nak menara sangat. Lepas tu kitorang masuk museum dia dgn art gallery. 




Pokok dan pintu gerbang Notts Castle.


Signboard!


Sibuk je mamat tu org tgh snap pic dia lalu!






















Dekat dengan castle tu ada Robin Hood Statue and Ye Olde Trip to Jerusalem. Kitorg pi la jugak jenguk2 sambil posing2 ambik gambo! 










Lepas tu kitorg lepak2 kejap kat taman, sambil makan nasik goreng akak masak. hahahaha xde la sedap mane pun. Tapi sebab lapo..makan dulu la. lagipun takut lama2 nnti tak elok dah pulak nasik tu. Lepas kenyang kitorg tanpa berlengah, terus pi cari mane letak nye NCCL Galleries of Justice Museum dgn City of Caves. Tour utk Galleries of Justice dgn City of Caves ni kalu combine boleh dapat harga murah. So nak masuk dua2 tempat ni bayar 9pound sorang. Tapi seronok sgt. Sebab museum tour dia lain dari yg lain. Siap diorg belakon jadi sheriff yg nak tangkap robin hood, tukang jaga penjara bagai. hahhaaahah kelakar pulak tu.









Sebelum masuk city of Caves, kitorg singgah dulu dekat Nottingham Contemporary. Orang seni je yang paham seni zaman moden ni. Akak xpaham langsung!!! so mcm bosan jugak la Notts Contemporary tu...khen hahahaha  Lepas kuar dari city of Caves yg agak bosan gak tu sbb cerita pasal kehidupan dan pekerjaan orang dalam gua tu, akak tak minat sejarah okay!!! then kitorg pi solat dekat Notts Islamic Centre. Besar jugak la Islamic Centre tu sampai akak n miza sesat2 cari prayer room for sisters. hahahahaha




Lepas solat kitorg makan Piza dua kotak sebab lapa punya pasal... dah le sejuk gila okay, angin tiup sejuk menusuk ke dada fuhhhhhh...disebab dah nak malam, so xsempat singgah rumah Batman dekat Wallaton Hall and Deer Park. huwaaaa baru igt nak tumpang naik kereta Batman. =(

Lepas makan terus gerak balik. Dalam train akak belajar main UNO. hahahaha sebelom ni xpernah main. Looser, da umor 26 baru tau mcm mane main UNO card. =P

Sekian, Wassalam. 

-SS-





1 comment:

Nurul_Atika said...

nice picture and best exprience i thinks sis...^__^