si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, January 24, 2014

tutorial pakai wide shawl 2 - mohon cepat glamour! =P

Salam Sejahtera semua,

Harini akak nak post tutorial kedua untuk wide shawl. Ada banyak gaya boleh buat dekat wide shawl ni. Sebut je nak gaya apa. muka bulat, muka petak, muka bujur, kepala besor, kepala alien, kepala lonjong, kepala batu pun boleh. tapi harus berwaspada. jgn sampai org mengata. Lebih2 lagi kalu boifren sendiri yang mengata korang. mungkin balik dating nangis dekat bahu emak. hahahaha **gurau je**

Okay nak pakai gaya macam ni tak?? Sorry, muka kusam. Adik akak cakap akak kusam. Whateva la dik oi. Akak malas make up. lagi satu lighting dalam bilik akak ni malap macam akak. hahahaha dan akak malas nk photoshop2 bagai. xde masa dik non. muka kusam xpe. yang penting, org paham tutorial tudung akak. =P


Untuk menggayakan wide-shawl seperti diatas.. sama je step dia lebih kurang dengan tutorial sebelum ni. tapi akak ajar jugak la kan.


Step1: 
Macam biasa boleh guna anak tudung biasa atau inner neck. Dan macam biasa akak cuma ada inner neck. Kali ni akak pilih tudung color biru terkamjat (shocking blue), atau biru lautan nan terbentang luas. jangan lupa sediakan pin dan jenjarum yang secukupnya. 


Macam biasa akak pilih inner neck. Kemudia wide shawl akak kaler biru terkamjat. 


Step 2: 
So ini wide shawl, mcm biasa kita lipat sikit bahagian tepi shawl yang kita nak bubuh atas kepala nanti. Ingat, jgn lipat banyak2 nanti shawl korang jadi singkat. Nak bergaya dgn shawl xsalah, tapi yang penting mesti menutup aurat. Yela, kalau belom kahwin, abah yang tanggung dosa aurat kita. Kalau yang dah kahwin, suami yg kene tanggung dosa aurat kita. Jadi kasihanilah bapa dan suami kita. =)
Lepas lipat shawl, letak kan dengan kemas di atas kepala. Macam biasa, lebihkan sebelah yang korang nak lilit nanti. Akak lebihkan panjang shawl seblah kiri, sbb akak lilit dari kiri. 


Lipat shawl mengikut keselesaan anda, kemudian letak atas kepala. 

Adjust elok2, pastikan sebelah pendek, seblah panjang. senang nak lilit nanti. 


Step 3:
Lipat bhgian tepi shawl (kat pipi tu) ikut keselesaan, nak muncung ke xnak muncung ke terpulang la pada dik non, lipat sebelah bhgian yang pendek dlu, bawak ke sebelah bahagian yang panjang. Masukkan bawah shawl tu, tarik sampai ke telinga kiri. Sisipkan dengan jarum, mcam biasa akak guna jarum peniti yang ada kepala tu. Kemudian kemaskan bhgian tepi dan depan shawl. 
Lipat bhgian tepi shawl (kat pipi) yang pendek, tarik dengan kemas sampai ke telinga belah bhgian shawl yg panjang.
Selit dengan jarum peniti, dan kemaskan bhgian depan n tepi shawl. 

Step 4:
Seblah kiri ni pulak, sebelum kita lilit, ambil pin (nak guna jarum pun boleh, xda masalah), pin kan bgian tepi shawl, korang xpayah lipat bhgian tu, terus je pin. rujuk gambar dibawah kalu kome xpaham. Lepas pin Tarik dan lilit shawl bawak naik atas kepala, secara longgar. letak kan atas kepala, ikut keselesaan dan kemaskan. 


Pinkan bahgian tepi shawl sebelah yg panjang, (xpayah lipat okay). 


Tarik dengan longgar letak atas kepala, kemaskan. 


Step 5:

Bila dah rasa kemas, ambil jarum peniti, selitkan dekat bahagian kiri dan kanan shawl korang. Tujuan de, xnak bagi shawl tu terjatuh. Karang serabuk peruk org nengok shawl korang. Kemaskan bahagian depan shawl tu. Pastikan menutup dada okay. Pin kan dekat bahagian bahu xkesah la nak guna kerongsang besor mane pun, corak ape pun, warna ape pun. Suka hati korang la dik non oi. 


Guna jarum, selitkan seblah kiri dan kanan pipi korang. 

Kemas kan bhgian depan dan tepi shawl, pinkan. 


Okay siap! Tada!!!

Gambar yang sama cuma, seblah tu akak edit guna camera 360, fake sgt kan?? hahahah whateva!



Kalau yang pakai spec besor gabak macam akak pun jangan risau, gaya ni sesuai jugak untuk kite2 yg nerd spec tebal ni. =P


Okay, sekian tutorial wide-shawl kedua dari akak.. nanti akak post lagi. terseronok pulak. hahaha =P

Sekian, Wassalam.

-ss-


2 comments:

Ugy Apis said...

salam ukhuwah~
done follow..
tutorial yg simple & senang nk paham~ besh3! :)

Mazura Osman said...

Best2...sngt sng fhm...