si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Thursday, January 23, 2014

tutorial pakai wide shawl - org request okay!

Salam Sejahtera Semua,

Akak ni nak kata akak glamour ke fofuler ke takde la pulak rasenye. Akak yakin mmg akak tak glam langsung. Takde menda yang nak di glamourkan eh. Diri sndiri cuma orang biasa2.. punya hidup yang biasa2 saja. Akak bukan artis macam hanis zalika nun. cun melecun bak hang! akak biasa2 je, ala2 fazura. **okay, muntah 30minit..hahahahah**

Disebabkan dlm ig akak penuh dengan gambo2 akak yg huduh tu,, smpai ade org label akak ni queen of selfie bagi tahun 2013, dengan pelbagai jenis tudung, dan gaya tudung yang ntah hape2 pakai tangkap muat.




Nak cepat punya pasal, dan yg malas nak iron punya pasal, adalah kawan akak request akak buat tutorial pakai shawl. 2minggu gak la akak pikir nak buat ke tidak. Buat video mmg tak mungkin la. sbb akak xreti belakon..**siapa suruh belakon kan? org suruh ajor cara pakai tudung je..hahahaha** okay la, kita bukan nak ajar menda jahat kan. org nak mintak ajar cara pakai tudung, menda baik kan. cuma gaya tu nanti jangan la nanti menjadi bualan atau bahan mulut orang. yelah, org mlysia ni lain macam skit. org tak pakai tudung diorg bising pumpang2 orang pakai tudung pun bising pumpang2, ade je la salah semua orang. tapi kalu artis kesayangan diorg tu...perghh tak pakai baju pun tak hape khen??? **okay, akak pergi mengumpat artis pulak kan..hoishh hoisshh berdosa kak oi!!** okay, la.. jgn sibuk dok jaga tepi kain org, mari kita cermin diri tgk kita ni elok ke tidak khen!!!

Okay, mari kita teruskan dengan tutuorial wide shawl yang pertama..eh, ade yang kedua ketiga ke nanti kak?? hahahaha ntah. tapi lantak la. moga2 buat tutorial pakai tudung, boleh buat ramai org yg belum bertudung ada perasaan nak bertudung. mane kita tau khen... okay, akak cuma letak gambar je. video xde. sorry. haha

sebelum tu akak nak warning awal2. sila abaikan eyebag teruk, mata panda dan muka tak make up. malas!


Step 1: 
Pilih la suka hati korang nak pakai anak tudung yg kecil tu ke, nak pakai inner neck ke..yg silang ke yang pangkah ke. ikut la ape yg korang ade. mcm akak, akak cuma ada inner neck yang silang kat dahi tu. itu je mampu. yang lain sume tertinggal kat malaysia. xmampu nak bawak bnyk. bag berat kata abah. hahaha =P
Pilih la apa2 colour wide shawl yang korang ada. Akak suka pakai warna yang mencalang mata berpinar kalu org tgk. itu menunjukkan kite kompiden. tapi kali ni akak pilih warna ungu busuk. hahah eh, ungu pudar sudah sinar cinta. ecewah. jangan lupa sediakan pin dan jarum secukupnya.




akak guna inner neck. abaikan eyebag dan mata panda. 
Wide shawl akak. color purple pudar susah sinar cinta. =P


Step 2: 
Disebabkan ini wide shawl, korang lipat dulu sikit tepi shawl yang korang nak bubuh atas kepala tu. Sikit je jgn lipat banyak2..nanti singkat pulak tudung korang. dah tak menutup aurat. tapi ikut korang la, nak lipat bnyk mana, ikut kesesuaian dan keselesaan masing2.
Lepas lipat shawl, bubuh atas kepala. sebelah pendek. sebelah lagi lebihkan sikit panjang. jangan letak center, nnti susah nak lilit..tidak kesampaian kata org.. tp ikut korang la nak letak belah mana pendek. belah mana panjang. ada orang suka lilit dari kanan, ada org suka lilit dari kiri. ah, terpulang la...janji korang bahagia. So, akak buat belah kanan pendek, belah kiri panjang.


akak tgh malu2 lipat tepi shawl. 
Akak posing sambil tunjuk shawl akak lebihkan belah kiri yg panjang. 


Step 3: 
Lepas dah puas hati dengan panjang shawl kanan dan kiri, korang rapatkan shawl yg bahagian atas kepala tu ke muka. ikut suka la. kalau nak bagi muka nampak bulat, rapatkan terus shawl tu ke muka. kalau nak bagi muncung skit, longgarkan sikit, bagi nampak macam ade muncung. hahaha kalau tak cukup muncung, buat mulut korang muncung sudey. =P


gambar seblah kiri tarik kaw2 sampai ke muka kalau nak muka nampak bulat. 
gambar seblah kanan pulak kalau nak nampak lonjong. buat sikit muncung okay. hahaha



Step 4: 
Sekarang, tarik lipatan bahagian shawl sbelah yang pendek tadi, tarik dan bawak ke sebelah kiri (bhgian panjang). Masukkan bawah bahagian shawl yg panjang tu, tarik sampai ke telinga korang. Paham ke tidak? tak paham sila tgk gambar bawah ni.
Ambil jarum peniti ke jarum pape je la yg ada, jgn jarum jahit baju sudey. Akak guna jarum yg ade kepala tu supaya sng nak cari, dan dia xkan termasuk sampai dalam tudung . Pakai la jarum color ape pun. akak pakai color kunin. itu je yg tangan mampu capai. hahaha sematkan dengan kemas. Jgn sampai tercocok telinga sudey. Kalau tercucuk jgn nak salah kan akak. hahaha Lepas tu kemaskan bahagian depan shawl.



 Tarik bhgian shawl yg pendek, bawak sampai ke sebelah bhgian yg panjang. Sampai ke telinga sebelah kiri. paham? 

akak guna jarum tu. akak jarumkan shawl tepi telinga. 




lepas letak jarum, ini hasilnya..jgn lupa kemaskan bahagian tepi tudung tu ye.


Step 5: 
Lipat elok2 bahagian kiri shawl (bhgian yg panjang td) , kemudian tarik dengan kemas bawak naik sampai atas kepala. Tarik dan lilit kemas2 okay, jgn bagi serabut. nanti serabut org tgk kite. Lepas dah rasa cukup kemas, boleh sisipkan jarum peniti atau pin. ikut suka la nak guna apa. nak pin bunga2 boleh, kerongsang over besor gabak boleh, pin bentuk reben ke love ke whatever la korang nak guna apa. ade akak kesah? hahahaha 


Lipat dan tarik bahagian shawl (yg pnjg tadi) ke atas kepala. Tarik kemas2 okay. 


ini hasilnye kalau tarik dan lilit dengan kemas. **bajet akak buat dengan kemas**
kemudian, letak pin atau jarum peniti. 


Okay siap! Tada! 
Pin kan bhgian tudung dekat kiri dan kanan bahu supaya tudung korang xterbang dek angin. hahahah

senang je kan cara akak pakai wide shawl. kalau dah biasa, 5 minit pun xsampai nak pakai shawl ni. Iron tu mmg xpernah, sbb iron rumah akak tu iron stim. korang salah guna sikit, mmg berlooonbang lew tudung hoi..setakat ni dah 2 dah tudung akak berlubang. huwaaa. da la kat UK ni susah nak cari tudung cantik2. kalu ada pun, mahal mapuh! hahahaha

Okay, setakat ni aje la. akak harap kawan akak tu puas hati. 
Nanti kalau nak gaya lain, akak buat tutorial lain pulak. konon ade org nak request lagi. Muntah!!

sekian, Wassalam.

-SS-




No comments: