si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, January 24, 2014

Tutorial Shawl Dua Lapis - prrrffffff

Salam Sejahtera Semua,

Kalini akak nak buat tutorial shawl dua lapis, dua warna. ala, yang depan belakang boleh guna.
Kelebihan shawl dua warna ni kita boleh pilih sama ada nak pakai dia jadi satu color saje, atau nak pakai dia jadi dua color. Tak kesah, mane2 pun boleh, dua2 pun cantik. Yelah kan...org cantik, pakai ape pun cantek.. prrrfffffff!!!! =P
Ada 4 gaya akak pakai shawl dua lapis ni. Step dia sama je yang mula2. Step last je yang berbeza.


Okay. Kalau nak cuba, boleh ikut step2 berikut.


Step 1:
Macam biasa, boleh guna inner neck atau anak tudung biasa. Dan macam biasa jugak, akak pakai inner neck. Kemudian pilih shawl dua warna atau double sided. Akak pilih kaler hijau and kunin. Sediakan pin dan jarum yang secukupnya.

Akak pilih utk guna inner neck. Dan akak pilih shawl dua warna hijau-kuning.

Step 2:
Ini shawl bidang biasa, so xperlu lipat dua. Terus letak atas kepala, ikut korang la nak pilih warna mana luar, warna mana dalam. Macam akak, sebab akak suka giler kaler hijau, akak pilih hijau kat luar, kuning kat dalam. Letak shawl atas kepala, seblah panjang sebelah pendek. Macam biasa, akak biarkan belah kiri panjang sebab akak lilit dari seblah kiri.



Seblah kiri panjang, seblah kanan pendek.


Step 3:
Tarik kedua2 belah shawl, sampai ke belakang tengkok, rujuk gambar kat bawah ni. Pastikan korang tarik kemas2, supaya dia tak gelembung2. Akak punye nampak ada sikit kembung2 kat bucu tudung tu. Malas nak kasi kemas2 sgt. =P
Lepas dah rasa agak kemas, amek pin, pinkan dua2 belah shawl kat belakang tengkok tu. jangan ketat sgt, jgn longgar sangat.
Pinkan dekat belakang tengkok. Jangan ketat sgt, jgn longgar sangat.

ini hasilnya.


Step 4:
Lepas tu, tarik bhgian hujung shawl yang pendek, utk step ni akak guna yg pendek sbelah kanan, so tarik dengan kemas sampai ke telinga seblah kiri (sbb akk guna dari bhgian kanan ke kiri).
Agak2 da rasa okay, dah cukup kemas, sisip dengan jarum peniti.. Jgn pin sekali dengan telinga sudey!

bucu shawl yg pendek, tarik sampai ke bhgian telinga sebelah sana, pinkan. 

ini hasilnya.


Step 5:
Untuk step ke 5 ni, ada banyak cara:
a) samada korang nak pakai dua color. boleh ikut step (a) ni. Maksudnya ada dua kombinasi color atas kepala. Depan hijau, belakang kuning. Ambil bucu bhgian hujung shawl yg panjang tadi. Tarik bawak naik atas kepala, bagi warna yang dalam tu (kuning) berada di luar (diatas kepala). Guna jarum peniti, sematkan dekat bhgian kiri dan kanan tudung.



Ini hasilnya. 


b) Kalau xnak nampak dua warna atas kepala, tarik terus bhgian kuning yang korang bawak naik atas kepala tu kedepan, betul2 dekat muncung tudung yang warna hijau td. Tutup terus jgn bagi nampak warna hijau atas kepala. mcm gambar bawah ni. Selitkan jarum peniti di kiri dan kanan tepi shawl.

ini hasilnya


 c) ataupun kalau nak pakai yang longgar atas kepala ala2 artis tu, tak payah tarik smpai shawl tu melekap kat kepala, letak gitu2 je ala kadar. Tapi jgn lupa letak jarum, supaya tudung hangpa tak melayang. okey!



ini hasilnya!

 d) atau kalu tak nak banyak color sgt atas kepala, serabut perut tengok. Pakai satu color sudey.
Tarik macam biasa, macam korang pakai shawl biasa tu. xperlu silang2 color. terus letak kemas2 atas kepala. kemudian letak jarum peniti kat kiri dan kanan. Tgk gambar bawah ni. Macam biasa la, kalu gaya shawl pin belakang tengkok ni mmg muka jadi bulat2 donat. hahahah



Tarik naik atas kepala warna yang sama. Kemudian, selitkan jarum peniti di sebelah kiri dan kanan.




Jangan lupa bubuh kerongsang dekat bahu tu, supaya nampak lebih kemas gituh!


Okay, itu sahaja la untuk shawl yang ada dua color depan blkg double-sided. **dah bunyik macam setting nak print kertas depan blkg je** hahahaa

Selamat mencuba!

Sekian, wassalam.

-ss-



No comments: