si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, January 24, 2014

Tutorial tudung bawal ala2 shawl 1 - ala2 gituh!

Salam Sejahtera semua,

Nampak nya akak memang tgh syiok buat tutorial pakai tudung. Konon glamour nak post pasal tutorial tudung banyok2. Hahahahah **ade akak kesah???**

Okay kalini, nak ajar pakai tudung bawal ala2 shawl..kawan akak request tau. Di sebabkan akak pernah menggayakan style ni akak pun dengan yakin nye nak buat tutorial. Prrrrfffffff..



Tanpa berlengah lagi, mari kita mulakan.

Step 1: 
Macam biasa, pilih anak tudung dan tudung bawal yang sesuai. Akak pakai inner neck yg biasa. Akak pilih tudung bawal bidang biasa *bidang 40 ke 45 ntah akak dah lupa, tapi bawal yg biasa tu*..tapi kalau nak guna bidang 60 pun boleh. tak salah. 
Tudung akak kalini colourfullllll.. =P



Pilih anak tudung dan tudung bawal yang sesuai. 


Step 2:
Tudung bawal tadi lipat memanjang, a.k.a segi empat tepat eh, rectangular kata orang puteh.. nak lipat sama besar boleh, nk lebih kan pun boleh. ikut korang la nak labuh mana nnti tudung nye..akak lipat macam kat bawah ni..xsama panjang. Lepas lipat macam biasa, taruk atas kepala, seblah panjang seblah pendek. Jgn sama panjang, nnti tak jadi gaya tudung kome. 
Lipat tudung anda secara memanjang, bukan segitiga! Letak atas kepala, seblah pendek, seblah panjang! 


Step 3:
Lepas tu, pin kan dengan kemas bawah dagu tu. Dan kelepet kemas2 bhgian tepi pipi tudung anda. 



ini hasilnya kalau buat betul2. 


Step 4:
Tarik bahagian yang panjang (panjang xbape nak panjg sgt tapi) tu, sehabis tarik sampai dah tak boleh nak tarik. Sematkan dengan jarum peniti kat bhgian hujung yang da xboleh nak tarik tu..rase2 nye mmg last dia akan sampai atas kepala je. tapi kalau tudung bidang besar, mungkin boleh pergi jaoh. heheee


Tarik dengan kemas dan sehabis mungkin, ambil jarum, cucuk kepala korang. eh, cucuk tudung la..jgn cucuk kepala. =P
ini hasilnya kalau buat dengan kemas. 


Step 5:
Kemas kan bahagian tepi dan depan tudung. Lepas tu taruh kerongsang di bahu. 
Bubuh kerongsang di bahu kiri dan kanan. 




Okay siap. Tada!!!
ini bhgian depan. 

ini bahagian belakang. 


Okay, itu sahaja untuk tudung bawal. Nanti akak post style lain pulok.

Selamat mencuba!!

Sekian, wassalam.

-ss-

No comments: