si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Sunday, January 26, 2014

Tutorial tudung bawal ala2 shawl 2 - akak semakin rancak bertutorial!

Salam Sejahtera Semua,

Rajin kan akak update blog. Hahaha ni namanye takda kerja. Maklumlah, xda kelas. Besok baru start sem baru. Besok baru start busy dengan kelas bagai. So sementara masih ada saki baki cuti sem satu ni, mari habiskan dengan buat benda berfaedah. Contoh benda berfaedah adalah, buat tutorial tudung untuk adik2 manis yg gemar menggayakan fesyen tudung. Pui..ayat macam pengarang majalah khen. hahahahahha

So, tanpa berlengah lagi, Harini akak nak buat tutorial tudung bawal ala2 shawl lagik. Gaya lebih kurang seperti di bawah! 
Peace Yaw!!!!

Mau cuba ke tidak??? Kalu mau, boleh ikut step2 dibawah:


Step 1: 
Pilih anak tudung atau inner neck yang sesuai. Macam biasa, akak guna inner neck. senang. mudoh! Kemudia pilih tudung bawal feveret korang la. Tak kesah la jenis ape. Kalini akak pakai tudung bawal silk Turkey mari. Akak paling suka tudung ni. murah je beli kat Bursa nun dik non oi...menyesal x borong banyak2 dulu. =P
Hah, jgn lupa sediakan pin dan jarum secukupnye!

Akak guna inner neck, akak pilih tudung bawal kain silk. 


Step 2: 
Kalini lipat tudung bawal menjadi segitiga. Tapi jgn la lipat sama banyak. Lebihkan bahagian luar, supaya tudung tak singkat. Abaikan tudung akak yang berkedut tu. Malas nak iron okeh! Hahahaha Lepas da lipat, letak atas kepala. Seblah panjang dan seblah pendek. Sila rujuk gambar di bawah. Ikut korang la nak panjang seblah mana, nak pendek seblah mana. Nak panjang banyak mana, nak pendek banyak mana. 


Lipat secukupnya menjadi segitiga, dan letak atas kepala. Seblah pendek, seblah panjang.



Step 3: 
Lepas dah puas hati dgn kedudukan tudung, serta panjang pendek tudung, pin kan bhgian tudung bawah dagu yep. Lpas tu lipat (kelepet) bhgian tepi tudung (kiri dan kanan pipi). Rujuk gambar di bawah. 


Guna pin utuk pin kan kedua2 belah tudung di bwh dagu. Kemudia kelepetkan atau lipat tepi tudung.


Jika betul cara anda, inilah hasilnya!


Step 4:
Kemudian, tarik seblah bhgian tudung yang panjang, bawak naik ke atas kepala. Macam nak lilit shawl tu. Tarik dan lilit sampai hujung / bucu tudung tu dah xboleh nak tarik da. Untuk tudung yang akak guna ni, bucu tudung tu betul2 sampai kat pipi akak. Kadang2 certain tudung hujung dia panjang sangat. Jadi korang boleh selit tepi pipi atau boleh je biar kan dia tergantung. Ambil jarum, dan pin kan bhgian hujung tudung tu. 


Tarik bhgian tudung yg panjang, lilit bawak naik atas kepala. Lilit kemas2 okay. 

Lilit sampai bucu tudung habis. Kemudia pin kan guna jarum peniti.

Ini hasilnya. 


Kalau nak biarkan terjuntai hujung tudung tu, korang pin kan bhgian atas kepala. Mcm dalam gambar kat atas ni, akak pakai tudung style yg sama, cuma tudung ni besar sikit dr tudung dlm tutorial ni. dan akak nak bagi nampak manik2 tudung tu, so akak tak tarik sampai pipi. Akak biarkan je bucu tudung tu terjuntai kat belakang. 


Step 5:
Kemaskan bhgian depan dan tepi tudung anda. Pin kan guna kerongsang di bahgian tudung kiri dan kanan bahu. 

kemas kan bhgian depan dan tepi tudung. Pin kan dengan kerongsang! 




 Tada! Siap !!!








Senang je kan? Boleh la cuba. Tak susah pun. =)


Okay, akak rasa sampai sini je. Akak nak pi baca buku untuk kelas pertama esok. Semangat tak???
hahahahaha


p/s: Hafiz menang AJL tadi. Akak tengok live streaming dari Manchester okay. Semangat bagi sokongan padu walopon hafiz tu xtau pun akak minta lagu dia. hahahahahah Walopon lagu sedih leleh bahagia mu derita ku, tapi akak suka gile la lagu tu. Kalau dgr lagu tu, kompem leleh ayaq mata. over ngat aih!! Happy!!!

Sekian, wassalam.


-ss-


3 comments:

fazli rossi said...

cantik tudungnye n org nya :)

nora lyviena said...

dikk...bawak turkey tu beli kat mane..seriesly cntik... cari kat instagram xjmpa..huhu.. help me, kat mana ya nak beli..huhu

dark_blur said...

ASSALAMUALAIKUM.
Tumpang lalu yaa…Mahu INCOME rm900 dalam sehari, INI BUKAN VIRUS, KALAU VIRUS SY PON XBRANI TEKAN, FREE REGISTER.. tiada apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..)tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. syarat kelayakan anda ada FACEBOOK, WHATSSAP, WECHAT dan tahu guna komputer sikit2 termasuk laman sosial yang lain.. anda perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat USD25×3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter dan sebagainya.. setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 ×3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc bank anda atau cek dipos ke alamat rumah anda.. register PERCUMA, sila isi kat sini.. tak salah kan kalau mencuba..
tekan link ni --> click >>>> http://peruserpaid.com/?ref=133361