si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Friday, January 31, 2014

tutorial tudung bawal ala2 shawl 5 - kemain minah ni!!

Salam Sejahtera Semua,

Akak kembali lagi dengan tutorial tudung bawal ke 5. dah lima dah tutorial tudung bawal akak. siapa2 yang belum try tutorial bawal 1,2,3 dan 4 boleh la try yep.. paksa ni...hahahaha 

Okay, tanpa perlu merepek panjang, mari kita pamerkan gaya utk kali ini..lihat gambo dibawah:




Nampak gaya tudung dlm tutorial kalini mcm lebih kurang sama dengan tutorial tudung bawal 3 , tapi cara dia lain sikit. Tudung je akak guna tudung yang sama sebab akak takda tudung yang luar dan dalam warna lebih kurang sama. Tudung bawal akak yang lain sume color bhgian dlm lebih pudar berbanding bhgian luar. Tapi salunye orang akan guna bawal satin kosong untuk buat tudung style ni.

So kalau nak try gaya tudung yang ni, boleh ikut step2 di bawah.


Step 1:
Pilih anak tudung, atau inner neck yang sesuai.
Pilih tudung bawal satin yang kosong. Bercorak pun boleh xda masalah. tapi pastikan bhgian dlm dan luar sama color atau xnmpk mcm terbalik.. takut nnti org tegur pakai tudung terbalik. =P

Step 2:
Tak payah lipat, letak atas kepala terus. Kali ni letak elok, bagi sama panjang bhgian kiri dan kanan. Bila da sama pnjang, tarik kebelakang tengkok dan pin kan.


Step 3:
Tarik semua bhagian tudung, bawak ke depan. Tak kesah kiri atau kanan, ikut keselesaan anda melilit.
Lepas tu tarik bhgian yang dalam, bawak ke belakang kepala. Yang ini korang memang kene buat betul2, sebab lilit dia lain macam sikit, takut kalau silap tarik nnti tak jadi. Follow gambar kat bawah ni.





Step 4:
Lepas dah tarik dengan betul dan kemas, pin kan dengan jarum bhgian atas kepala supaya tudung kome tak terjatuh melorot yang belakang tu. Akak pin sekali bhgian tepi tudung. 






Tada!!!Siap!!!

ini bhgian depan. ini bhgian belakang. 


Tak sama kan dengan tutorial bawal 3. kan? kan? kan?
heheheh

okay, sampai sini je. nanti akak update lagi pasal tutorial tudung. sebab akak ada tutorial Adhoc and Sensor Network nak kene buat ni. haha 

sekian, wassalam.

-ss- 

1 comment:

my valorem said...

hi..x pernah terfikir tudung bawal pun boleh pakai banyak style..so creative...with this kinda style, kalau match dgn boots mmg cantik..visit www.myvalorem.com for matching boots ;)