si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Tuesday, January 28, 2014

Tutorial Wide Shawl 3 - guna sepit rambut

Salam Sejahtera semua, 

Okay, kite sambung tutorial wide shawl. Salunye pakai wide shawl ni sama je gaya nye, cuma mcm mana kita pin mula2 tu je. ada orang pin bawah dagu. ada org terus pin tepi telinga (mcm tutorial2 akak sebelum ni), ada orang pin belakang tengkok, dan ada org selit dengan sepit rambut je. So, kali ni akak guna sepit rambut. Dan akak tak lipat wide shawl akak tu. 




Step 1:
Pilih inner neck or anak tudung yang sesuai. mcm biasa, Akak guna inner neck. dan akak pilih wide shawl corak rama2 terbang bebas.. hahaha

Akak guna inner neck, akak pilih wide shawl corak rama2. *muka nampka happy tak??haha*


Step 2: 
Letak shawl atas kepala, seblah pendek, seblah panjang. Ambil sepit rambut yang kuruih tu sepitkan tudung sekali dengan anak tudung or inner neck dekat dgn bhgian telinga. Sepit kemas2..

Ini sepit rambutnye, sepit shawl sekali dgn inner neck dekat bhgian tepi dekat dengan telinga. 

ini hasilnya.

Step 3:
Tarik bahgian yang pendek, bawak ke sebelah yg panjang, nak bawak ke bhgian bahu boleh, nak bawak ke bhgian telinga pun boleh. Akak pilih bhgian telinga. sebab akak biasa pin kat telinga. haha


Bawak bhgian tudung yang pendek keseblah yang panjang. nak bawak ke bahu boleh, nak bawak ke telinga pun boleh. Dalam tutorial ni akak pin kat telinga.

ini hasilnya. 

Step 4: 
Tarik pulak bhgian yang panjang, bawak naik lilit atas kepala. Ini wide shawl, tadi utk bhgian pendek akak pin kat telinga, jadi akak lilit secara longgar sbb leher akak da di cover oleh bghian tudung yg pendek tu. Akak lilit smpai ke bhgian telinga yg akak pin td. Xpaham boleh tengok gambo bawah ni.
Ambil jarum, pin kan bhgian kiri dan kanan tudung yg dililit naik td.

Lilit secara longgar hingga bhgian telinga yg ada pin td.


Ambil jarum, pin kiri dan kanan tudung yg dililit tadi.
ini hasilnya.

Step 5:
Kemaskan shawl anda. jangan bagi nampak serabut. Agak2 da kemas, pin bhgian kiri dan kanan bahu supaya shawl tak terebang dek angin....haha



kemaskan tudung anda, dan pin bhgian kiri dan kanan bahu.


Tada!!! Siap!!!!


itu sahaja. selamat mencuba. 

kalau nak request gaya shawl ke tudung ke xda masalah. boleh inbox akak ke. email ke, Pm ke, request kat ig pun boleh, kat fb pun boleh. **bajet glamour** muntah,.....hahahah

sekian, wassalam.

-ss-


No comments: