si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Tuesday, February 4, 2014

in a relationship with dot dot dot

Salam Sejahtera Semua,

Lama dah x membebel. Harini nak membebel. Pasal ape nak membebel? Pasal suka2 nak membebel. Akak nak tulis pasal trip pergi turkey haritu. Tapi asek tak da masa. tunggu la next entry maybe. Masa banyak habis kat mana? Ntah. Memang membajir masa je akak ni. semakin hari semakin malas. akak pun xtau la kenapa teruk sangat malas nye. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


"ah, mulai esok aku berazam untuk jadi rajin" hati akak berdetik. 

"eh, kenapa esok? kenapa bukan sekarang?".

" ntah."


ala, hari2 kot pumpang pumpang ckp nak berazam jadi rajin. tapi bile cermin diri sendri, sama je akak tengok level kemalasan tu. ntah2 kalau ada alat penimbang kemalasan, mungkin semakin hari semakin bertambah berat kemalasan akak. nak kata tak ade keje sekolah. tu hah, bsepah dlm blackboard nun. tapi, xtau la apa punca kemalasan ni. dari mana terbit nye kemalasan akak ni, akak sendiri pun enggak tahu sih. 


"takpa2, sekejap je kot malas ni melanda. esok lusa mungkin rajin". 


positif kan? sangat positif khen? siapa lagi nak beri semangat kalau bukan diri sendiri. ecewah. akak nak cari kawan special utk jadi pemangkin semangat. tapi stakat ni xjumpa lagi. skrg mmg susah nak jumpa pemangkin semangat. rasanya, akak dah habis belajar nanti baru jumpa pemangkin semangat kot. hahahaha
sebut pasal pemangkin semangat ni, akak gatai tangan pi update status fb dari 'single' to 'in a relationship'. lepas tu kemain banyak soalan tuju2 rindu orang bagi kat akak. siape lah agaknye orang yg dah main curik2 hati akak tu kan? dah 2 tahun kan single mingle tarak boifren... tup2 tukar status...hah ape lagi, kemain semua org nak korek rahsia. hahaha lawak betul. akak sebenarnye ada sebab nak update status tu. bukan nye sebab dah ade org mengisi hati akak. cuma akak rasa perlu ubah. buat masa sekarang memang belum berminat nak cari bf lagi. so, akak xnak org tunggu akak. org mengharap kat akak. dan akak pun xnak buat org mengharap. akak mintak maaf byk2 lah kat siapa2 yg berkenaan. maaf jugak sebab kadang2 xreply msg. susah la nak percaya org. org yg kita kenal pun kadang2 susah nak percaya, apatah lagi org yg kita tak kenal, yg cuma tgk gambar kat fb je, xkan boleh terus suka kan? akak jual mahal??? no. no. no. akak bukan jual mahal, akak cuma xpercaya dengan perkataan 'saya suka awak' lpas tgk gambar. tgk perangai dulu baru tau suka ke tidak. khen!


ciri2 lelaki idaman??? hah. ini satu lagi. xpayah tanya akak soalan ciri2 idaman2 ni..payah la akak nak jawab. mmg kita perempuan ni diknon suka sangat nak buat list ciri2 lelaki idaman. kalau bab2 senaraikan ciri2 ni, perghhh penuh list kan. semua orang mesti nak pumpang pumpang gebang pasal ciri2 lelaki idaman diorang. nak yang tiptop baguih kemain. nak perfect kemain. nak hensem macam fahrin ahmad. nak macho macam adi putra, nak kaya macam tengku adam kamil dlm cerita ariana rose tu **akak xtgk pun, housemate akak taksub tgk cerita ni...hahaha**, nak yg baik macam hafiz hamidun, macam2 lagi lah. sedangkan tak pernah pikir ke dengan ciri2 yang ada kat diri kita ni, layak ke kita dapat org yg kita idam2kan? tak pernah kan pikir.. kan?kan?kan? so, xpyh la nak senaraikan ciri2 sedangkan ciri2 yg ada dekat diri sendri pun kita xtau. apa yg kita boleh buat cuma berusaha memperbaiki diri sndri. moga ciri2 yg ada pada kita nanti jadi ciri2 yg diidamkan oleh insan rahsia nun di luar sana. ewah! 


korang pernah terfikir tak, dalam hidup ni, apa yang korang cari? akak selalu fikir, tapi kadang2 akak pun xtau apa akak cari. buntu. 


buntu la. 


kadang2 termenung, pikir apa yang akak nak sebenarnya. tapi tak jumpa. setakat ni, sejak duduk dekat manchester ni, mmg hari2 termenung. tapi xpernah tau apa yg akak menungkan. 

mungkin termenung bukan cara selesaikan masalah. jadi carilah cara yang betul. cara yang membuatkan hati kita lebih tenang. ketenangan hati tu penting. kalau tenang hati kita, maka tenang lah hidup kita. bila hidup dah tenang, apa2 pekerjaan pun kita boleh buat dengan hati yg senang. 

so.... akak rasa akak nak teruskan usaha utk mencari ketenangan tu. akak tak kan putus asa untuk cari ketenangan. semoga ketenangan itu akan menjadi milik akak suatu hari nanti. 

In sya Allah.


sekian, wassalam.

-ss- 




No comments: