si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Tuesday, February 4, 2014

Trafford Centre - datang bila kaya je!

Salam Sejahtera semua.

Akak kembali lagi menemui anda dengan bebelan tak henti2. Kalini akak nak story pasal shopping. ahahahaha Kalau tak silap akak, seminggu selepas pi Notts, akak pi Trafford Centre. Apa ada dekat Trafford Centre?? Trafford Centre is the largest indoor shopping centre dekat Greater Manchester ni. Kebanyakkan penshopping2 tegar adalah dr kawasan greater manchester, dari kawasan North West of England, dan dari kawasan2 sama waktu dengan nya. Besar nya Trafford Centre ni sampai lenguh kaki la jalan. Akak rasa lagi besaq dari One Utama atau Midvalley dekat Malaysia nun.

walopon cuma 2 tingkat je, tapi dia adaa lebih kurang 230 buah kedai. Macam2 kedai la ade. Semua kedai ada, sebut je la korang nak beli ape. Malas nak senaraikan kedai. boleh google kot. ahahah Kalau tak suka shopping mcm akak ni, nak mencari hiburan pun boleh. Ada legoland, ada aquaria, ada cinema, ada pusat video game, nak main tenpin bowling pun ada,, nak main laser tag pun ada. Macam2 ada. Tapi akak tak main la semua benda tu. Akak dah tua. dah malas nak aktif2 ni. nanti sakit pinggang sakit2 badan.. hahahah

akak pergi sekejap je trafford centre ni, saja nak tgk apa ada. konon2 verangan ngan kak ijie nak bli la barang kat superdry. tapi harapan la dik non oi..mahai nak mampuih. mampu tgk aje. hahah kitorg cuma mampu beli perfume dekat Victoria's Secret je, itu pun sebab tgh sale! hahahahha


naik bas no. 250 nak pergi Trafford Centre.
dalam perjalanan nampak dedaunan berguguran, dahan nak kerapuhan.



syok nye kalu boleh naik.



ada legoland tapi xmasuk. xmampu!


akak posing tepi patung seksi. jgn tatap lama2. xelok. hahaha



haaa victoria's secret. ko mampu?


Sebab dah xlarat sangat nak jalan tgk semua kedai, akak pun balik sambil menjinjit bag kertas victoria's secret dgn gahnya. tak payah nak gah sgt la kak oi, padahal sume org pun belik, sbb murooooh. Len kali nak dtg lagi, tapi kene tunggu kaya. skrg mungkin mampu window shopping je.


sekian, wassalam.

-ss-


No comments: