si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Monday, July 13, 2015

dress kawen ala pwinses (princess).. kau hado?

Salam Sejahtera Semua,

Harini akak kembali utk berbicara tentang tips majlis perkahwinan.. ewah! berbicara bagai khen. Mcm pakar motibasi ke tidok? hahaha Okeh la, xpyh merapu banyok.. kite terus kepada tujuan asal entry kali ini iaitu tips pasal wedding planner / wedding boutique / wedding gallery.

Kalau korang betul2 nak jimat atau nak dpt kan pakej yg murah2 utk pelamin, baju pengantin, red carpet, hiasan bilik tidor, meja pengantin bagai..., sila la singgah ke mana2 pesta pengantin / festival pengantin / pameran pengantin sbb masa ni la mmg semua butik2 dok promote dan bagi harga murah.

Akak ada la jugak beberapa kali pi pameran pengantin and survey2 butik2 pengantin yg baju dia cecantik semua. Lepas pi pameran, akak singgah pulak kat butik2 depe, sbb kdg2 masa pameran pengantin diorg xbawa semua baju, kdg2 xbawak album2 atau gambar2 contoh baju. Tu pasal la akak terpaksa pi ke kedai pulak. Tgk2 baju sambil tu boleh try pakai. hahahaha

Dekat area sungai petani ni, mmg banyak gila butik pengantin dan kebanyakkan nye mmg sediakan baju yg up to date, dress ala2 elsa let it go.. color pun banyak yg menarik.. akak mmg suka color pastel and nak pakai baju pengantin color pastel, so  antara butik2 yg akak minat and pergi dan try baju adalah :

1. Eszz Ibrahim Wedding

Baju kat sini boleh tahan cantik dan menarik. Semua color baju dia sgt soft2 or color pastel.. mint green, baby blue, champagne, peach, soft pink, cream dan pearl white dan pelbagai lagi.. akak ada try beberapa baju tapi xde pulak gambar nye sbb dekat hp suami.. haha Tapi korang boleh click nama butik ni utk tgk contoh2 baju kat butik Eszz Ibrahim ni.. Kawan akak sanding pakai baju dr butik Eszz Ibrahim ni. Mmg cantik sgt. Lokasi kedai terletak di Bandar Sungai Petani Lama, dekat dengan CIMB bank.

2. Passionate Wedding Gallery

Baju kat Passionate wedding gallery ni mmg seriously WOW!! Lepas tgk baju2 kat sini, akak terus abaikan semua baju yg akak try kat kedai lain. Terus ckp kat suami (masa tu incik tunang), akak nk ambil baju and pelamin and make up kat sini. Tak kira, nak kat sini jugok!! Muktamad! Then suami akak okay je, sbb dia pun suka baju2 kat sini.. akak ada la try beberapa baju, tapi masih lagi dlm henpon suami.. Akak and suami setuju utk ambil pakej dekat kedai ni.. kitorg sewa sepasang baju warna baby blue (lelaki dan prempuan) termasuk aksesori, make up 2x (nikah and sanding), pelamin dewan laguna, bunga tgn dan kasut.. Hiasan meja pengantin and red carpet semua dah termasuk dlm pakej dewan and katering kelab laguna merbok bagi.. Lokasi butik terletak di Lagenda Height, bersebelahan Ambank.


Baju yg akak pakai masa wedding dekat Kelab Laguna Merbok.
Dress and Pelamin by Passionate Wedding Gallery


Make-up sanding by Passionate Wedding Gallery


Make-up nikah by Passionate Wedding Gallery


3. Sharul Aaron Bridal House

Majlis sebelah pengantin lelaki pulak belum berlangsung lagi. Tapi akak dah decide nak sewa baju dari Sharul Aaron Bridal House sbb baju2 kat butik ni pun cantik2.. mula2 akak igt nak pakai color champagne tapi bila da trpandang and try baju color white cream tros terjatoh chenta kat baju tu. Majlis bertandang sebelah lelaki ni dekat perlis. Tapi bila suami akak pergi butik2 kat perlis, dress2 kat sana xberapa menyetuh jiwa akak sgt. Akak rasa dress pengantin area sungai petani jugok la yg thorbaek..jadi akak n suami pun decide nak sewa baju kat Sharul Aaron Bridal House tapi make up artis ambik kat perlis je.. abg ada kawan boleh riki2 harge muroh..kot.. hahhahaha

so baju yg akak try and nak sewa dr Sharul Aaron Bridal House utk mjlis belah lelaki nnti adalah seperti di bawoh.. Lokasi kedai di kwsan perumahan Lorong Jati 4A, Sungai Lalang, Sg Petani.

ni masa try2/ fitting baju.
abaikan muka akak yg selekeh tu sbb malas mekap.. sejak kawen ni malas mekap sbb suami asek ckp akak cantik walopon tak mekap.. **muntohh** hahaha

di hari kejadian. 
maaf pic xda color, sbb mekap akak xbape cantik. mcm kene tumbuk je muka tu.. haha


Haaa cantik ke tidok baju akak pilih dari butik Sharul Aaron Bridal House..


p/s: jgn pergi byk sgt butik..nnti kome penin kepala nk pikior mana satu nak pilih.. pergi butik2 yg korg rasa dress nye cantik meletops, and staff butik bg layanan tiptop.. kalau masuk butik yg pekerja pun mcm nak taknak je layan korg, teros keluar jgn byk tnye.. akak byk kali dah kene.. mungkin sbb muka akak ni mcm xde duet nak sewa baju kot, diorg pun mls nak layan..  ado akak kesah???hahahaha

sekian, wassalam.

-ss-

Tuesday, June 16, 2015

Nak Kahwin Kat Mana ni hah?? Peninnye pikiaq!!!

Salam Sejahtera Semua,

Apa khabar bakal2 pengantin semua? Hewah, mcm bakal pengantin je yg baca khen..mana hakak tau yg baca ni pengantin ke tidak.. ngeh2

Jadi entry pertama untuk page kahwin2 SS adalah benda yg paling penting sekali kalau nak buat majlis iaitu berkenaan dengan tempat/lokasi majlis. Di sebabkan tempat yg hakak sewa tu bagi sekali dengan katering, jadi hakak tenyeh sekali pasal katering dlm entry pertama hakak..okeh??

#1: Tempat & Katering
Disebabkan sekarang ni majlis kahwin begitu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tak kira la musim cuti sekolah ke, tak musim cuti sekolah ke, musim buah ke, musim panas ke, musim hujan ke, musim harum manis ke (eh, pak mentua akak taukeh harum manis ok!. eh!) dan musim apa2 je lah.. mmg kenduri kahwin ada sahaja di mana2. Ingat lagi masa akak mula2 cari tempat nk langsungkan majlis. Mmg sangat susah. Akak xdapat nak langsungkan majlis dekat rumah. Bukan belagak nak buat kat dewan. Cuma kerana bentuk muka bumi dan fizikal, serta xnak rumah bersepah berselarak selepas kenduri, akak pilih untuk buat di dewan sahaja. Maklumlah, rumah abah akak dekat kawasan taman perumahan. Jadi jalan depan rumah tu xcukup lebaq nak naikkan khemah kenduri. Dan kalau pasang khemah, pasti akan menyesakkan jalan tersebut, dengan khemah nye akan senget sbb kawasan rumah abah akak tu berbukit sikit. Dan mungkin akan menyusahkan jiran2 berhampiran sebab jalan di kwsan tmn peruda dan tmn peruda utama tu xbanyak simpang ke jln utaman dan yg banyak cuma jln mati. Pusing2 kat situ jugok.

Jadi sejurus selepas bertunang pada bulan Oktober 2014, akak dah mula mencari2 tempat untuk melangsungkan majlis. Kene book awal2 noks, sebab mmg dewan semua dah penoh. Ada yg siap dah booked utk majlis g lagi setahun baru nak langsung. Kene lock date awal2. Kalau tak nnti terpaksa buat majlis dekat dewan yg agak jauh dari rumah. Menyusahkan diri sendiri pulak nak ulang alik ke rumah pada hari kejadian.

Adalah beberapa tempat yang akak survey, call dan tanya harga. Antaranya:

1. Dewan Mesra Perdana, IKM Sungai Petani - Abah akak kerja di IKM sungai petani. Masa akak call tu konon2 cakap nak buat majlis bulan Dec 2014. Tapi jawapan yg di berikan:

"Maaf cik, semua tarikh utk Hari Sabtu sudah ada org tempah. Dah penuh dari Bulan Dec 2014 sampai bulan March 2015. Kalau ada kosong pun, hari Ahad. Dan kalau ada pun, kita akan bagi keutamaan kepada event IKM." 

Nak buat kenduri hari ahad mana boleh! Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu. Ahad kan hari bekerja. Siapa nak mai kenduri akak nanti. Jadi akak cancel dewan IKM. Bayaran sewa dewan akak tak ingat sangat berapa. Mungkin dalam RM800 kot. Sekali kerusi meja. Mungkin betul atau mungkin salah, Jadi kalau nak tahu berapa kene call and tanya sendiri. No telefon Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani -: 04-4212382

2. Dewan Ini dewan baru majlis perbandaran SP - Aeril Zafrel & Wawa Zainal bersanding kat sini okeh. Grand sgt okeh. Dewan ni besaq gila. Kalau nak buat decoration pelamin mmg makan puluhan ribu ringgit. Akak sempat la tanya beberapa butik tentang pakej kat dewan kenangan ni. Jawapan dia mmg meletop noks: 

"kalo wat di dewan mpspk mmg costing coz stage dia luas dekat 50ft. kalo nk full stage confirm design tu start 10k and above."

Akak tak dapat quotation harga dewan, sebab asal nak call je xde org angkat. Line xbusy, kring kring kring tapi xda org angkat. Ntah pergi mana semua staff. Mungkin akak boleh apply kerja kat MPSP, tukang jwb phone. Haha so, akak inbox dekat Fb MPSP dan jawapan yg akak terima adalah 

"Sila berhubung dengan Bahagian Pelancongan / LA21 / Sukan ditalian 04-4296666 utk sebarang pertanyaan. Kadar sewaan berbeza-beza mengikut majlis yang akan berlangsung dan juga tempoh masa yang akan digunakan."

Dan setelah hubungi nombor tersebut, akak call tak berjawab. Tak berangkat. Kalau angkat pun, org yang uruskan bhgian tu tak ada. Ntah pergi mana. So akak give up. reject teros dewan ni. Cari dewan lain. 

3. Cinta Sayang Golf & Country Resorts Sungai Petani - Ko ingat ko kaya sangat sampai nak wat wedding reception kat golf club?? Biasa nya kalau tempat2 macam ni sewa tempat sekali catering la khen.. Suami akak **masa tu masih bergelar tunang** tolong telefon kan dan tanya kan.. catering dia kira RM25.++/pax. Dia ada banyak banquet room. boleh pilih nak saiz macam mana. sewa tempat berbeza2 harga la kot.. Kalau nak jemput seribu tetamu, makan sahaja dah kene bayo RM25000..maigad!!!! belum masuk pelamin, doorgift, decoration bagai. Terkamjat akak. jadi cancel! Tapi kalau rasa macam korang mampu, apa salahnya buat wedding kat sana. Kahwin la 3 beradik sekali, 3 pasang pengantin..buat kat golf club...boleh share2 duet bayar..khen..khen..Kalau mampu la khen. khen! :P

4. Kelab Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani - Bunyik macam mahal je khen..sebab ade perkataan KELAB tu. Tapi actually tak la mahal sangat. Pakej yang di tawarkan berpatutan. Dekat kelab ni ada 2 tempat utk event. Satu open hall pool side area (kwsn cafeteria) by the lake okeh , satu lagi dewan tertutup dekat 2nd floor. Kalau nak buat dekat pool side, wajib kene ambil katering dia sekali. Tapi kalau nak buat dalam dewan tertutup, boleh order catering luar. Suami akak pernah pergi wedding kawan dia kat kelab ni, and dia ckp makanan sgt sedap dan tempat nye cantik. Kelab ni pun tak de la jauh sangat dari rumah akak. Dalam lebih kurang sepuluh minit je (kalau tak heavy traffic la ye). Lepas pi tengok tempat, akak pun jadi terjatuh cinta with the views. So akak bincang balik dengan abah dan mak, bagitau harga pakej, makanan and lauk pauk yg boleh di pilih. ALhamdulillah, abah dan mak setuju. Akak pun pilih Kelab Bandar Laguna Merbok sebagai tempat majlis resepsi. Jumlah perbelanjaan utk catering (1200 org tetamu makan, khemah +kerusi+meja+cover, hiasan meja pengantin, 4 set meja VIP, sewa tempat dan DJ dalam lebih kurang RM16000. Abah akak siap tambah laksa (utk 300 org) dan ais kacang (utk 1000 org) lagi.  

Menu yg akak ambil haritu: 

  • APPERTIZER: ACAR TIMUN/JELATAH, ASSORTED SALAD(POTATO SALAD & MIXED SALAD)
  • TAMBAHAN: NASI PUTIH (50 pax), CURRY IKAN (50 pax)
  • MAIN DISH: NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH, DAGING MASAK KURMA, DALCA DAGING
  • SWEET TEMPTATION: MIXED FRUITS(betik & tembikai), AGAR-AGAR, 3 JENIS MALAY KUIH, KEK
  • MINUMAN: SIRAP ORANGE 

Akak tak banyak sangat gambar kawasan kelab tu masa majlis resepsi sbb pengantin kan, mana ada masa nak pegang telepon.. haha 

Yang ada cuma gambar2 dibawah ni. credit to adik beradik:


:: K e l a b  B a n d a r  L a g u n a  M e r b o k ::

:: M a j l i s  R e s e p s i  S h a u f i k a h  &  S u h a i r u l ::

:: 2 5 0 4 2 0 1 5 ::



Nanti kalau dah dapat gambar2 lain sekitar majlis akak yg berkaitan dgn kelab ni, akak akan hupload utk tatapan korang.. mana le tau ada yg terkenan di hati nak buat kat sini jugak.. akak boleh kasi contact number pengurus katering ni..

Sekian, wasalam

Monday, June 1, 2015

Hakak Kahwin sudah! Kengkorang bila lagi? Haaaa

Salam Sejahtera Semua,

Lama dah sangat2 hakak ta hupdate beloq ni..haha

Almaklumlah..sibuk dengan laki.. sibuk jadi isteri.. sibuk bulan madu sana sini..

hahaha konon..

Tujuan post entry kali ni bukan nye nak membebel panjang.. tapi hakak cuma nak velanje gambo kawen laki bini posing baik punya..

Harap semua terpesona dengan ketampanan suami hakak dan kecomelan hakak.. LOL

:: 2 5 0 4 2 0 1 4 ::

:: K e l a b  B a n d a r  L a g u n a  M e r b o k ::

:: M a j l i s  R e s e p s i  P i h a k  P e r e m p u a n ::


:: S u h a i r u l  S a z a l i ::

&

:: S h a u f i k a h  S h u k r i ::





Sekian, wasalam.

-ss-

Monday, March 30, 2015

Eh, nak kahwin dah?

Salam Sejahtera Semua,

Dah lama akak tak membebel.. Sejak akhir2 ni sibuk dengan persiapan kahwin.

Eh, nak kahwin dah?

Ye. Akak pun tak sangka akak dah nak kahwin.

Macam tak percaya je.

Lagi 25hari nak bergelar isteri org.

Ohhhhh...sangat di awang awangan sekarang. Haha

Sekarang ni akak tengah tulis2 alamat kawan atas kad, nak pos. nak tgk kad kahwin akak?
Nah, kad kahwin akak dah siap. Dan sangat2 la cantik. Akak yg request nak design mcm ni.



Akak tempah dekat member sekolah akak dulu. Muroh2 dan cantik2 design kad kahwin dia.

Kalau hujung minggu, akak balik rumah mak abah di sungai petani...kalau tak keluar uruskan pasal hantaran goodies baju kahwin jurugambar semua, akak duduk kat rumah buat bunga telur.. Nak tengok hasilnya?



hahah macam2 warna akak buat..tapi tunjuk sikit2 je la eh.. semuanya DIY.. guestbook pun akak buat sendirik..tapi tlupe nak ambil gambar..nanti akak upload. murah juga kalau sumenye DIY..kalau boleh, pelamin pun akak nak DIY. tapi xde masa..abah akak tolong buat platform skit, mak tolong buat kan tirai pelamin, abah beli kerusi baru untuk pelamin, mak beli bunga utk gubah letak kat pelamin..semua mak abah buat...cuma props tu akak mintak tlg kawan buatkan. mana sempat kita nak buat semua khen...

ah, xtau dah ape nak membebel. nanti akak upload lagi la gambar2 teaser kata org sempena wedding of sopikon n suherol. hahah

eh, akak xpernah kan upload gambor masa tunang? nanti nak buat la satu entry gambor majlis pertunangan.. over nak upload. sape nak tgk? choi!


ok, penat. nak tido. hah

sekian, wassalam.

-ss-

Monday, March 2, 2015

IELTS susah dan mahal? tapi masih nak pi belajaq kat oversea!!! OMG

Salam Sejahtera Semua,

Sekarang ni memang tengah musim orang nak sambung belajo kat obesi.. bak kate kawan akak bernama ijiwani aka II, kalau sesuatu tu tgh glemer, di katenye 'tengah IN'..lagi2 pulak sekarang ni dah March, mesti semua tgh tunggu bila la MARA nak umumkan pasal pasca siswazah ke luor negara..hari2 dok depan komputer dok me'refresh' website MARA..ye dok?? hahaha

dan seMestinye ramai dah baca entry akak bertajuk nak sambung belajar kat oversea?nak!!! tapi mcm mane? **konon blog akak glemer khen** yelah ramai yg komen, yg pm, yg inbox, yg wasep, yg Line, yg wechat, yg email nak tanye pasal belajo dekat obersi serta cara2 meng'apply'.. mana yg akak sempat jawab, akak jawab...mana2 yg akak xsempat reply komen atau email atau PM pesbuk, akak mintak mahap banyok2..akak busy keroje skrg..kang main pesebuk ke intenet ke kat opis kene sound tepek pulak dengan bos tu..kang xpasal2 ade yg menanges hantor surat resign..hahaha

di sebabkan ramai yang tanya pasal IELTS dan cara2 meng'waive'kan nye atau dalam bahasa melayu dipanggil 'mengetepikan' hahah direct translate kat google translate tu okeh..makna nye kita nak gantikan sijil IELTS kepada english cert yg lain, atau mana2 doc yg berkaitan.. mesti masih ada yang kurang jelas kan??

baiklah..begini...

sekiranya anda mahu belajar ke luar negara, anda hendaklah, atau wajib mengambil IELTS exam atau nama penohnye International English Language Testing System... hahaha ada university yg mewajibkan anda mengambil ujian ini sebagai bukti tahap kemajuan anda di dalam bahasa inggeris..dan ada sesetengah university memberi kelonggaran kepada anda samada mahu mengambil ujian ini, ataupun mahu mengambil english course diorang dengan syarat kene bayor le bukan free,. dan ada sesetengah university yg xbegitu strict dimana anda boleh melampirkan english certificate selain IELTS..contoh nye kalu ada GCE-O level ke GCE-A level ke...ape2 la english cert yg boleh diterimapakai dan diiktiraf oleh dunia..ewoh2..mcm akak guna GCE-O masa SPM dolu2..

dan baru2 ni akak ada dengar dari sumber yang boleh dipercayai.. School of Engineering dekat uni of manchester nun dah memberi kelonggaran pada syarat2 nak apply course yg diorg tawarkan dengan mengikhtiraf GCE-O ni..dalam erti kata lain, kome dah xpayah amek IELTS yg yuran nye mahal gile tu... tapi school2 lain atau uni2 lain akak xtau pulak..korang kene la rajin2 baca scroll2 website uni..pahamkan syarat2 yg diorg letak dan apa yg korang perlu sediakan..baca dlu betul2.. dan kalau dah baca 4 kali masih tak paham...jgn malu2 email terus admin diorang tanya..jgn tangguh2..jgn segan silu..yelah certain people takut nak email malu karangan english tonggang langgang..tapi jgn risau, diorg sngat la memahami sbb diorg tau ENglish tu bukan org kite punya first language..apa org panggil tu bahasa ibunda..ewah. salah xpe, yg penting anda berusaha untuk mencuba.. yakin la bahwa usaha itu bukan la suatu yang sia-sia..dengan usaha anda pasti berjaya..ewoh..positip pulok akak memalam buta ni..

dan..sekiranya..anda tidak mempunyai english cert yang diiktiraf oleh dunia, anda boleh cuba tanya kepada admin course tu dengan cara meng'email' beliau dan tanya.. ada tak cara lain atau document lain yang boleh saya berikan utk menggantikan IELTS? tapi jgn la plak tanya dalam bahasa melayu..mampuih kawan tu xjawab2.. macam school of engineering dekat KENT sana tu, masa akak email dia tanya pasal doc lain selain IELTS, dia dengan yakin nye menjawab yg akak boleh sertakan surat pengesahan dr universiti (masa degree dulu) semua subject atau course yang akak ambil adalah di ajar di dalam bahasa inggeris. contoh surat yg Uni akak bagi anda sume boleh tgk dekat entri akak yg bertajuk nak sambung belajar kat oversea?nak!!! tapi mcm mane?  ni. Sebaik sahaja akak dapat kan surat yg diminta dr pihak UM, akak terus email bagi dekat uni of KENT..dan xlama lepas tu terus dapat offer letter..haaa nampak tak disitu..usaha akak untuk bertanya adalah tidak sia2.. dan usaha akak untuk contact semua dengan pejabat dekan fakulti kejeruturaan UM juga tidak sia2.. kalau kita usaha, pasti ada hasilnya.. insyaAllah..

kata kunci nya disini usaha usaha usaha...jgn malu bertanya, nnti sesat jalan.. dan yg penting nye, baca dulu condition2 dr university yg awok nak pilih, sebarang pertanyaan sila terus hubungi pihak university. jgn pikir sampai binggung dan sampai susah hati.. nnti pasti akan berputus asa malas nak pikir..

nak belajo kat obesi tak? nak fefeeling retis dimusim luruh x? nak main salji di musim sejuk x? nak tgk bunge tulip dimusim bunga tak? nak berjemur di bawoh mentari di musim panas x? kalau nak rasa sume tu, anda haruslah berusaha untuk jadikan nye kenyataan... tapi jgn le pulak pikir pergi sana nak bjalan nak enjoi je..niat nak belajo jgn lupe dik non..kang xpasal2 kelaut pula belajonye..haha



okeh, banyok pulak membebel.. lepas ni akak post entry pasal nak sambung belajor, tapi masih belajor lagi di tahun akhir..belum ada transcript penoh, belom grad, xde degree cert..mcm mana nak apply????? haaa nanti kan jawapan nye di entry akan dtg...

akak nak sambung buat wedding guestbook - DIY..nk kawen khen.. hahahah


sekian, wasalam.

-ss-


Tuesday, February 10, 2015

Shau is typing..

Salam sejahtera semua..

Harini SS nak tukaq nama blog. Boring dok tgk nama sendri jadi glemer..opsss!!!

Glemer kew? Haha

So pikir punya pikir punya pikir....

Sempenan demam whatsapp yg melanda seluruh penduduk bumi.. akak rename blog akak sebagai :

shau is typing.. 

ha...sedap ke tidak nama blog baru akak? eh..bukan nama blog baru.. nama baru blog.. tunggang tebalik dah bcakapnye..

jenuh sebenarnye nak cari nama baru ni.. akak siap gune perkhidmatan google translate lagi nak cari nama blog yg sedap.. yela kot2 dlm bhsa lain lagi sdap..bhsa korea ke, spanish ke, sweden ke, german ke, china ke,

kalau direct translate menggunakan google translate, shau is typing dlm :

Korean--> Shau가 입력됩니다 ...

Japanese--> Shauを入力している...

Arabic--> شاو هو كتابة ...

Spanish--> Shau está escribiendo ...

German--> Shau ist die Eingabe einer ...

Javanese--> Shau wis ngetik ... (mcm shau is gedik..haha)

Russia--> Шау печатает ...

dan banyak lagi lah..tetibe google translate ni mcm seronok pulak.. boleh dengar jugak cara diorg sebut dlm bhasa masing2..

tapi banyok2 bahasa dlm google translate tu, akhirnye akak memilih english jugok.. sbb nak sama dgn whatsapp..hahahah

so mulai hari ini..blog akak nama Shau is typing... heheh

ok lah..nak pi buat bunga telur,,akak kan nak kahwen..haha


sekian, wassalam.

-ss-


hasil tangan akak yg lemah lembut ini. =P

Thursday, February 5, 2015

Lisa Surihani, Kismis Minda & Password - Punca SS Kembali

Salam Sejahtera Semua,

Setelah sekian lama, akak datang semula jenguk2 blog ni.

Seminggu dua ni rasa stress sangat, sampai tahap nak catit semua rentetan peristiwe hidup.. maka terbit rasa rindu membuak2 lantaran itu teringat blog sendirik.

" Eh, aku ada blog rupanya? " hahaha

Rasa mcm dah sepuloh tahun xtulis blog **ini tipu**

Akak nampak mcm busy sangat kan sampai menyepi tinggalkan dunia blogging memblogging **akak sarankan pelajar2 form3 jgn tiru ayat karangan, pemahaman dan tatabahasa akak, nnti kome xlepas PT3** hahaha

Raca macam retis pulak kan bile guna ayat menyepi ni. Jawapan standard bg retis bila wartawan tanya:

"Kemana Lishaufikah Shukrihani **konon Lisa Surihani** menyepi selama ini? Adakah merajuk dengan pengarah2 dunia Hiburan tanah air?"

Gituh... hiburan tanah air la sgt!! Dan retis menjawab:

"Biasalah bila dah bertukar status ni tak banyak Job. Lagipun banyak da retis2 baru muncul melalui program realiti hidup..eh realiti Tv...mencaras job retis2 lama..Tak Gituh?"

MeleTop jawapan kau dik non. Lepas ni Nabil n Nealofa panggil la kau masok MeleTOP kebabom diorg tu. hahahaha

Dah. Bukan tujuan nak merapu. Nanti lari tajuk kak shau oi.

Sebenarnye, bukan stakat tulis blog, baca blog org lain pun xsempat. Bukan tak masa cuma xkesampaian.. Banyak sangat hal2 peribadi yang perlu diselesaikan... Konon khen??? padahal....

akak LUPOOO PASSSWOORDDD dik non oi...

hahahahahhaha

ini pasal akak tak makan kismis minda masa kecik2 dulu. ataupun akak masih berdendam kesumat dengan BWP Biro Makanan kat meresem Gerik dulu sbb janji nak bagi kismis minda dlm manifesto dia tp smpai kesudah tak bagi2 walopon org dah undi. ini salah satu contoh peribahasa 'janji di capati'. Eh?

"Hoi! Boleh pulak ingat pasal biro makanan tak bagi kismis minda. Paswed blog yang baru je tukar haritu tak ingat pulak. "

"Yela, paswed dah banyak kali sangat tukar. Mane nak ingat dah yang mana satu last. Kalau buat list paswed, xcukup satu kertas kajang tu. Sampai keluar dari kertas kalu nak listkan semua passwed."

"Eleh! Pasal ape asek nak tukar paswed kak?"

"Pasal, skali tukaq boifren, kene tukaq paswed skali.Kan HOT!! **flip tudong**"



Muntah.



Haha. Walaupun akak lupa password, akak gagahkan juga cuba semua jenis password yang akak penah guna. Sampaikan password cimbclicks pun akak cuba. Tapi harem. Saloh jugok.

Akak xputus asa, akak cuba dan terus mencuba.

Dan akhirnya...TAAADAAAA!! Akak berjaya..

Ini semua semata2 nak kembali ke alam maya..

eh! bukan.**ngeri pulak bunyik nye**..

kembali ke dunia blog membelok.

Aku terlalu rindu akan sinaran screen komputer riba yg samar2, rindu akan irama papan kekunci yang merdu, dan rindu akan nada tetikus yg sedia berdecit stiap kali ditekan..ahhhh aku rindu..

**boleh tulis novel tak camni? mana tau nnti novel akak sangat2 lah laku., lepas tu diadaptasikan menjadi drama bersiri..tak payah takut kalau drama tak dapat sambutan, bayar je retis2 glamour tu jd pelakon utama...lagipun..akak pun boleh jadi pelakon utama...akak kan Lishaufikah Surihani..puih!!! VERANGAN!!!**

hahahahaha sudah! sudah! sudah!


sedar tak sedar, kini 2015 telah menjengah.

Gila kau kalau tak sedar. Bulan February dah kot. Kalau tak sedar, tak tahu la apa nak jadi dengan kau ni dik non.

Akak dah pulang ke tanah air. walopon kadang2 rasa rindu pada Manchestah, rindu pada Grandale Street, rindu pada Rusholme, rindu pada Sakcville Street Building, rindu kawan2, rindu cuaca sejuk, rindu usrah, rindu shopping, rindu..

Hello...bila nak abeh nye kalau sume yang kau rindu kau nak senaraikan? Lapan puloh entry pun blom tentu cukup kalau nak listkan semua. Hadoi...

Apa2 pun. Akak bersyukur sangat2 kepada Allah SWT sbb bg peluang akak pulang dengan selamat..skrg dah hampir 6 bulan akak berada di Malaysia, dekat dengan keluarga tercinta, dekat dengan incik tunang tersayang.

Tunang?? Haaa???

Eleh, diri sendiri pun nak pura2 terkejut. menyampah. hahahahahah
Biar lah, entry aku, suka hati aku lah. Kau tak suka, pi la baca blog org lain. Hahahaha

Yup, banyak yang dah berubah. Semua berubah.

Dan perubahan itu lebih banyak memberikan kebahagian drpd kesedihan. Alhamdulillah.

Dan semoga perubahan ini menjadikan akak manusia yang lebih baik. InsyaAllah.

**positip ke tidak?..kau tak payah nak pakar motivasi sangat la shau** hehe

Tetapi tidak salah kan kalau kita nak cuba memperbaiki diri sendiri? Itu kan lebih baik?


Aku lebih selesa begini. Daripada di belenggu kenangan silam yang pedihnya bagai mencarik carik setiap parut di hati ini. **sekali lagi akak me-novel-kan entry ni..haha**


Ok. Akak tulis lagi nanti. Ada suara jeritan baju melolong lolong minta digosok.

Mana tahu kalau kalau esok pagi alarm merajuk tak bunyi lagi.
Mana boleh masok ke opis dengan baju kedot kerepot, jatuh reputasi!


Sekian, Wassalam.

-SS-