si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Thursday, February 5, 2015

Lisa Surihani, Kismis Minda & Password - Punca SS Kembali

Salam Sejahtera Semua,

Setelah sekian lama, akak datang semula jenguk2 blog ni.

Seminggu dua ni rasa stress sangat, sampai tahap nak catit semua rentetan peristiwe hidup.. maka terbit rasa rindu membuak2 lantaran itu teringat blog sendirik.

" Eh, aku ada blog rupanya? " hahaha

Rasa mcm dah sepuloh tahun xtulis blog **ini tipu**

Akak nampak mcm busy sangat kan sampai menyepi tinggalkan dunia blogging memblogging **akak sarankan pelajar2 form3 jgn tiru ayat karangan, pemahaman dan tatabahasa akak, nnti kome xlepas PT3** hahaha

Raca macam retis pulak kan bile guna ayat menyepi ni. Jawapan standard bg retis bila wartawan tanya:

"Kemana Lishaufikah Shukrihani **konon Lisa Surihani** menyepi selama ini? Adakah merajuk dengan pengarah2 dunia Hiburan tanah air?"

Gituh... hiburan tanah air la sgt!! Dan retis menjawab:

"Biasalah bila dah bertukar status ni tak banyak Job. Lagipun banyak da retis2 baru muncul melalui program realiti hidup..eh realiti Tv...mencaras job retis2 lama..Tak Gituh?"

MeleTop jawapan kau dik non. Lepas ni Nabil n Nealofa panggil la kau masok MeleTOP kebabom diorg tu. hahahaha

Dah. Bukan tujuan nak merapu. Nanti lari tajuk kak shau oi.

Sebenarnye, bukan stakat tulis blog, baca blog org lain pun xsempat. Bukan tak masa cuma xkesampaian.. Banyak sangat hal2 peribadi yang perlu diselesaikan... Konon khen??? padahal....

akak LUPOOO PASSSWOORDDD dik non oi...

hahahahahhaha

ini pasal akak tak makan kismis minda masa kecik2 dulu. ataupun akak masih berdendam kesumat dengan BWP Biro Makanan kat meresem Gerik dulu sbb janji nak bagi kismis minda dlm manifesto dia tp smpai kesudah tak bagi2 walopon org dah undi. ini salah satu contoh peribahasa 'janji di capati'. Eh?

"Hoi! Boleh pulak ingat pasal biro makanan tak bagi kismis minda. Paswed blog yang baru je tukar haritu tak ingat pulak. "

"Yela, paswed dah banyak kali sangat tukar. Mane nak ingat dah yang mana satu last. Kalau buat list paswed, xcukup satu kertas kajang tu. Sampai keluar dari kertas kalu nak listkan semua passwed."

"Eleh! Pasal ape asek nak tukar paswed kak?"

"Pasal, skali tukaq boifren, kene tukaq paswed skali.Kan HOT!! **flip tudong**"



Muntah.



Haha. Walaupun akak lupa password, akak gagahkan juga cuba semua jenis password yang akak penah guna. Sampaikan password cimbclicks pun akak cuba. Tapi harem. Saloh jugok.

Akak xputus asa, akak cuba dan terus mencuba.

Dan akhirnya...TAAADAAAA!! Akak berjaya..

Ini semua semata2 nak kembali ke alam maya..

eh! bukan.**ngeri pulak bunyik nye**..

kembali ke dunia blog membelok.

Aku terlalu rindu akan sinaran screen komputer riba yg samar2, rindu akan irama papan kekunci yang merdu, dan rindu akan nada tetikus yg sedia berdecit stiap kali ditekan..ahhhh aku rindu..

**boleh tulis novel tak camni? mana tau nnti novel akak sangat2 lah laku., lepas tu diadaptasikan menjadi drama bersiri..tak payah takut kalau drama tak dapat sambutan, bayar je retis2 glamour tu jd pelakon utama...lagipun..akak pun boleh jadi pelakon utama...akak kan Lishaufikah Surihani..puih!!! VERANGAN!!!**

hahahahaha sudah! sudah! sudah!


sedar tak sedar, kini 2015 telah menjengah.

Gila kau kalau tak sedar. Bulan February dah kot. Kalau tak sedar, tak tahu la apa nak jadi dengan kau ni dik non.

Akak dah pulang ke tanah air. walopon kadang2 rasa rindu pada Manchestah, rindu pada Grandale Street, rindu pada Rusholme, rindu pada Sakcville Street Building, rindu kawan2, rindu cuaca sejuk, rindu usrah, rindu shopping, rindu..

Hello...bila nak abeh nye kalau sume yang kau rindu kau nak senaraikan? Lapan puloh entry pun blom tentu cukup kalau nak listkan semua. Hadoi...

Apa2 pun. Akak bersyukur sangat2 kepada Allah SWT sbb bg peluang akak pulang dengan selamat..skrg dah hampir 6 bulan akak berada di Malaysia, dekat dengan keluarga tercinta, dekat dengan incik tunang tersayang.

Tunang?? Haaa???

Eleh, diri sendiri pun nak pura2 terkejut. menyampah. hahahahahah
Biar lah, entry aku, suka hati aku lah. Kau tak suka, pi la baca blog org lain. Hahahaha

Yup, banyak yang dah berubah. Semua berubah.

Dan perubahan itu lebih banyak memberikan kebahagian drpd kesedihan. Alhamdulillah.

Dan semoga perubahan ini menjadikan akak manusia yang lebih baik. InsyaAllah.

**positip ke tidak?..kau tak payah nak pakar motivasi sangat la shau** hehe

Tetapi tidak salah kan kalau kita nak cuba memperbaiki diri sendiri? Itu kan lebih baik?


Aku lebih selesa begini. Daripada di belenggu kenangan silam yang pedihnya bagai mencarik carik setiap parut di hati ini. **sekali lagi akak me-novel-kan entry ni..haha**


Ok. Akak tulis lagi nanti. Ada suara jeritan baju melolong lolong minta digosok.

Mana tahu kalau kalau esok pagi alarm merajuk tak bunyi lagi.
Mana boleh masok ke opis dengan baju kedot kerepot, jatuh reputasi!


Sekian, Wassalam.

-SS-








No comments: