si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Monday, March 30, 2015

Eh, nak kahwin dah?

Salam Sejahtera Semua,

Dah lama akak tak membebel.. Sejak akhir2 ni sibuk dengan persiapan kahwin.

Eh, nak kahwin dah?

Ye. Akak pun tak sangka akak dah nak kahwin.

Macam tak percaya je.

Lagi 25hari nak bergelar isteri org.

Ohhhhh...sangat di awang awangan sekarang. Haha

Sekarang ni akak tengah tulis2 alamat kawan atas kad, nak pos. nak tgk kad kahwin akak?
Nah, kad kahwin akak dah siap. Dan sangat2 la cantik. Akak yg request nak design mcm ni.



Akak tempah dekat member sekolah akak dulu. Muroh2 dan cantik2 design kad kahwin dia.

Kalau hujung minggu, akak balik rumah mak abah di sungai petani...kalau tak keluar uruskan pasal hantaran goodies baju kahwin jurugambar semua, akak duduk kat rumah buat bunga telur.. Nak tengok hasilnya?



hahah macam2 warna akak buat..tapi tunjuk sikit2 je la eh.. semuanya DIY.. guestbook pun akak buat sendirik..tapi tlupe nak ambil gambar..nanti akak upload. murah juga kalau sumenye DIY..kalau boleh, pelamin pun akak nak DIY. tapi xde masa..abah akak tolong buat platform skit, mak tolong buat kan tirai pelamin, abah beli kerusi baru untuk pelamin, mak beli bunga utk gubah letak kat pelamin..semua mak abah buat...cuma props tu akak mintak tlg kawan buatkan. mana sempat kita nak buat semua khen...

ah, xtau dah ape nak membebel. nanti akak upload lagi la gambar2 teaser kata org sempena wedding of sopikon n suherol. hahah

eh, akak xpernah kan upload gambor masa tunang? nanti nak buat la satu entry gambor majlis pertunangan.. over nak upload. sape nak tgk? choi!


ok, penat. nak tido. hah

sekian, wassalam.

-ss-

No comments: