si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Tuesday, June 16, 2015

Nak Kahwin Kat Mana ni hah?? Peninnye pikiaq!!!

Salam Sejahtera Semua,

Apa khabar bakal2 pengantin semua? Hewah, mcm bakal pengantin je yg baca khen..mana hakak tau yg baca ni pengantin ke tidak.. ngeh2

Jadi entry pertama untuk page kahwin2 SS adalah benda yg paling penting sekali kalau nak buat majlis iaitu berkenaan dengan tempat/lokasi majlis. Di sebabkan tempat yg hakak sewa tu bagi sekali dengan katering, jadi hakak tenyeh sekali pasal katering dlm entry pertama hakak..okeh??

#1: Tempat & Katering
Disebabkan sekarang ni majlis kahwin begitu banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tak kira la musim cuti sekolah ke, tak musim cuti sekolah ke, musim buah ke, musim panas ke, musim hujan ke, musim harum manis ke (eh, pak mentua akak taukeh harum manis ok!. eh!) dan musim apa2 je lah.. mmg kenduri kahwin ada sahaja di mana2. Ingat lagi masa akak mula2 cari tempat nk langsungkan majlis. Mmg sangat susah. Akak xdapat nak langsungkan majlis dekat rumah. Bukan belagak nak buat kat dewan. Cuma kerana bentuk muka bumi dan fizikal, serta xnak rumah bersepah berselarak selepas kenduri, akak pilih untuk buat di dewan sahaja. Maklumlah, rumah abah akak dekat kawasan taman perumahan. Jadi jalan depan rumah tu xcukup lebaq nak naikkan khemah kenduri. Dan kalau pasang khemah, pasti akan menyesakkan jalan tersebut, dengan khemah nye akan senget sbb kawasan rumah abah akak tu berbukit sikit. Dan mungkin akan menyusahkan jiran2 berhampiran sebab jalan di kwsan tmn peruda dan tmn peruda utama tu xbanyak simpang ke jln utaman dan yg banyak cuma jln mati. Pusing2 kat situ jugok.

Jadi sejurus selepas bertunang pada bulan Oktober 2014, akak dah mula mencari2 tempat untuk melangsungkan majlis. Kene book awal2 noks, sebab mmg dewan semua dah penoh. Ada yg siap dah booked utk majlis g lagi setahun baru nak langsung. Kene lock date awal2. Kalau tak nnti terpaksa buat majlis dekat dewan yg agak jauh dari rumah. Menyusahkan diri sendiri pulak nak ulang alik ke rumah pada hari kejadian.

Adalah beberapa tempat yang akak survey, call dan tanya harga. Antaranya:

1. Dewan Mesra Perdana, IKM Sungai Petani - Abah akak kerja di IKM sungai petani. Masa akak call tu konon2 cakap nak buat majlis bulan Dec 2014. Tapi jawapan yg di berikan:

"Maaf cik, semua tarikh utk Hari Sabtu sudah ada org tempah. Dah penuh dari Bulan Dec 2014 sampai bulan March 2015. Kalau ada kosong pun, hari Ahad. Dan kalau ada pun, kita akan bagi keutamaan kepada event IKM." 

Nak buat kenduri hari ahad mana boleh! Kedah kan cuti Jumaat & Sabtu. Ahad kan hari bekerja. Siapa nak mai kenduri akak nanti. Jadi akak cancel dewan IKM. Bayaran sewa dewan akak tak ingat sangat berapa. Mungkin dalam RM800 kot. Sekali kerusi meja. Mungkin betul atau mungkin salah, Jadi kalau nak tahu berapa kene call and tanya sendiri. No telefon Kenangan, Majlis Perbandaran Sungai Petani -: 04-4212382

2. Dewan Ini dewan baru majlis perbandaran SP - Aeril Zafrel & Wawa Zainal bersanding kat sini okeh. Grand sgt okeh. Dewan ni besaq gila. Kalau nak buat decoration pelamin mmg makan puluhan ribu ringgit. Akak sempat la tanya beberapa butik tentang pakej kat dewan kenangan ni. Jawapan dia mmg meletop noks: 

"kalo wat di dewan mpspk mmg costing coz stage dia luas dekat 50ft. kalo nk full stage confirm design tu start 10k and above."

Akak tak dapat quotation harga dewan, sebab asal nak call je xde org angkat. Line xbusy, kring kring kring tapi xda org angkat. Ntah pergi mana semua staff. Mungkin akak boleh apply kerja kat MPSP, tukang jwb phone. Haha so, akak inbox dekat Fb MPSP dan jawapan yg akak terima adalah 

"Sila berhubung dengan Bahagian Pelancongan / LA21 / Sukan ditalian 04-4296666 utk sebarang pertanyaan. Kadar sewaan berbeza-beza mengikut majlis yang akan berlangsung dan juga tempoh masa yang akan digunakan."

Dan setelah hubungi nombor tersebut, akak call tak berjawab. Tak berangkat. Kalau angkat pun, org yang uruskan bhgian tu tak ada. Ntah pergi mana. So akak give up. reject teros dewan ni. Cari dewan lain. 

3. Cinta Sayang Golf & Country Resorts Sungai Petani - Ko ingat ko kaya sangat sampai nak wat wedding reception kat golf club?? Biasa nya kalau tempat2 macam ni sewa tempat sekali catering la khen.. Suami akak **masa tu masih bergelar tunang** tolong telefon kan dan tanya kan.. catering dia kira RM25.++/pax. Dia ada banyak banquet room. boleh pilih nak saiz macam mana. sewa tempat berbeza2 harga la kot.. Kalau nak jemput seribu tetamu, makan sahaja dah kene bayo RM25000..maigad!!!! belum masuk pelamin, doorgift, decoration bagai. Terkamjat akak. jadi cancel! Tapi kalau rasa macam korang mampu, apa salahnya buat wedding kat sana. Kahwin la 3 beradik sekali, 3 pasang pengantin..buat kat golf club...boleh share2 duet bayar..khen..khen..Kalau mampu la khen. khen! :P

4. Kelab Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani - Bunyik macam mahal je khen..sebab ade perkataan KELAB tu. Tapi actually tak la mahal sangat. Pakej yang di tawarkan berpatutan. Dekat kelab ni ada 2 tempat utk event. Satu open hall pool side area (kwsn cafeteria) by the lake okeh , satu lagi dewan tertutup dekat 2nd floor. Kalau nak buat dekat pool side, wajib kene ambil katering dia sekali. Tapi kalau nak buat dalam dewan tertutup, boleh order catering luar. Suami akak pernah pergi wedding kawan dia kat kelab ni, and dia ckp makanan sgt sedap dan tempat nye cantik. Kelab ni pun tak de la jauh sangat dari rumah akak. Dalam lebih kurang sepuluh minit je (kalau tak heavy traffic la ye). Lepas pi tengok tempat, akak pun jadi terjatuh cinta with the views. So akak bincang balik dengan abah dan mak, bagitau harga pakej, makanan and lauk pauk yg boleh di pilih. ALhamdulillah, abah dan mak setuju. Akak pun pilih Kelab Bandar Laguna Merbok sebagai tempat majlis resepsi. Jumlah perbelanjaan utk catering (1200 org tetamu makan, khemah +kerusi+meja+cover, hiasan meja pengantin, 4 set meja VIP, sewa tempat dan DJ dalam lebih kurang RM16000. Abah akak siap tambah laksa (utk 300 org) dan ais kacang (utk 1000 org) lagi.  

Menu yg akak ambil haritu: 

  • APPERTIZER: ACAR TIMUN/JELATAH, ASSORTED SALAD(POTATO SALAD & MIXED SALAD)
  • TAMBAHAN: NASI PUTIH (50 pax), CURRY IKAN (50 pax)
  • MAIN DISH: NASI MINYAK, AYAM MASAK MERAH, DAGING MASAK KURMA, DALCA DAGING
  • SWEET TEMPTATION: MIXED FRUITS(betik & tembikai), AGAR-AGAR, 3 JENIS MALAY KUIH, KEK
  • MINUMAN: SIRAP ORANGE 

Akak tak banyak sangat gambar kawasan kelab tu masa majlis resepsi sbb pengantin kan, mana ada masa nak pegang telepon.. haha 

Yang ada cuma gambar2 dibawah ni. credit to adik beradik:


:: K e l a b  B a n d a r  L a g u n a  M e r b o k ::

:: M a j l i s  R e s e p s i  S h a u f i k a h  &  S u h a i r u l ::

:: 2 5 0 4 2 0 1 5 ::



Nanti kalau dah dapat gambar2 lain sekitar majlis akak yg berkaitan dgn kelab ni, akak akan hupload utk tatapan korang.. mana le tau ada yg terkenan di hati nak buat kat sini jugak.. akak boleh kasi contact number pengurus katering ni..

Sekian, wasalam

5 comments:

Ika Alina said...

macam mana nak sewa dewan to ye ? ada number nak contact tak

Kha Heng said...

+6044412288

Biela Ismaal said...

Ada gambar2 lain lg tak masa majlis resepsi kat kelab ni?

Unknown said...

Brp harga dewan utk atas ye?

Unknown said...

Brp harga dewan utk atas ye?