si santek =P

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
shau. taurus. shopaholic. love chocolate indulgence, chocolate blog, kinder bueno. hate cheese. "to love and be loved because of Him".

Monday, July 13, 2015

dress kawen ala pwinses (princess).. kau hado?

Salam Sejahtera Semua,

Harini akak kembali utk berbicara tentang tips majlis perkahwinan.. ewah! berbicara bagai khen. Mcm pakar motibasi ke tidok? hahaha Okeh la, xpyh merapu banyok.. kite terus kepada tujuan asal entry kali ini iaitu tips pasal wedding planner / wedding boutique / wedding gallery.

Kalau korang betul2 nak jimat atau nak dpt kan pakej yg murah2 utk pelamin, baju pengantin, red carpet, hiasan bilik tidor, meja pengantin bagai..., sila la singgah ke mana2 pesta pengantin / festival pengantin / pameran pengantin sbb masa ni la mmg semua butik2 dok promote dan bagi harga murah.

Akak ada la jugak beberapa kali pi pameran pengantin and survey2 butik2 pengantin yg baju dia cecantik semua. Lepas pi pameran, akak singgah pulak kat butik2 depe, sbb kdg2 masa pameran pengantin diorg xbawa semua baju, kdg2 xbawak album2 atau gambar2 contoh baju. Tu pasal la akak terpaksa pi ke kedai pulak. Tgk2 baju sambil tu boleh try pakai. hahahaha

Dekat area sungai petani ni, mmg banyak gila butik pengantin dan kebanyakkan nye mmg sediakan baju yg up to date, dress ala2 elsa let it go.. color pun banyak yg menarik.. akak mmg suka color pastel and nak pakai baju pengantin color pastel, so  antara butik2 yg akak minat and pergi dan try baju adalah :

1. Eszz Ibrahim Wedding

Baju kat sini boleh tahan cantik dan menarik. Semua color baju dia sgt soft2 or color pastel.. mint green, baby blue, champagne, peach, soft pink, cream dan pearl white dan pelbagai lagi.. akak ada try beberapa baju tapi xde pulak gambar nye sbb dekat hp suami.. haha Tapi korang boleh click nama butik ni utk tgk contoh2 baju kat butik Eszz Ibrahim ni.. Kawan akak sanding pakai baju dr butik Eszz Ibrahim ni. Mmg cantik sgt. Lokasi kedai terletak di Bandar Sungai Petani Lama, dekat dengan CIMB bank.

2. Passionate Wedding Gallery

Baju kat Passionate wedding gallery ni mmg seriously WOW!! Lepas tgk baju2 kat sini, akak terus abaikan semua baju yg akak try kat kedai lain. Terus ckp kat suami (masa tu incik tunang), akak nk ambil baju and pelamin and make up kat sini. Tak kira, nak kat sini jugok!! Muktamad! Then suami akak okay je, sbb dia pun suka baju2 kat sini.. akak ada la try beberapa baju, tapi masih lagi dlm henpon suami.. Akak and suami setuju utk ambil pakej dekat kedai ni.. kitorg sewa sepasang baju warna baby blue (lelaki dan prempuan) termasuk aksesori, make up 2x (nikah and sanding), pelamin dewan laguna, bunga tgn dan kasut.. Hiasan meja pengantin and red carpet semua dah termasuk dlm pakej dewan and katering kelab laguna merbok bagi.. Lokasi butik terletak di Lagenda Height, bersebelahan Ambank.


Baju yg akak pakai masa wedding dekat Kelab Laguna Merbok.
Dress and Pelamin by Passionate Wedding Gallery


Make-up sanding by Passionate Wedding Gallery


Make-up nikah by Passionate Wedding Gallery


3. Sharul Aaron Bridal House

Majlis sebelah pengantin lelaki pulak belum berlangsung lagi. Tapi akak dah decide nak sewa baju dari Sharul Aaron Bridal House sbb baju2 kat butik ni pun cantik2.. mula2 akak igt nak pakai color champagne tapi bila da trpandang and try baju color white cream tros terjatoh chenta kat baju tu. Majlis bertandang sebelah lelaki ni dekat perlis. Tapi bila suami akak pergi butik2 kat perlis, dress2 kat sana xberapa menyetuh jiwa akak sgt. Akak rasa dress pengantin area sungai petani jugok la yg thorbaek..jadi akak n suami pun decide nak sewa baju kat Sharul Aaron Bridal House tapi make up artis ambik kat perlis je.. abg ada kawan boleh riki2 harge muroh..kot.. hahhahaha

so baju yg akak try and nak sewa dr Sharul Aaron Bridal House utk mjlis belah lelaki nnti adalah seperti di bawoh.. Lokasi kedai di kwsan perumahan Lorong Jati 4A, Sungai Lalang, Sg Petani.

ni masa try2/ fitting baju.
abaikan muka akak yg selekeh tu sbb malas mekap.. sejak kawen ni malas mekap sbb suami asek ckp akak cantik walopon tak mekap.. **muntohh** hahaha

di hari kejadian. 
maaf pic xda color, sbb mekap akak xbape cantik. mcm kene tumbuk je muka tu.. haha


Haaa cantik ke tidok baju akak pilih dari butik Sharul Aaron Bridal House..


p/s: jgn pergi byk sgt butik..nnti kome penin kepala nk pikior mana satu nak pilih.. pergi butik2 yg korg rasa dress nye cantik meletops, and staff butik bg layanan tiptop.. kalau masuk butik yg pekerja pun mcm nak taknak je layan korg, teros keluar jgn byk tnye.. akak byk kali dah kene.. mungkin sbb muka akak ni mcm xde duet nak sewa baju kot, diorg pun mls nak layan..  ado akak kesah???hahahaha

sekian, wassalam.

-ss-

No comments: